Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Pelukis Generasi Z turut 'Rewang' bersama Apad

Oct 28, 2021 | 05:30 AM



Pada usia badan seni Angkatan Pelukis Aneka Daya (Apad) yang bakal mencecah 60 tahun pada 2022, ia meletakkan harapan dapat menarik seniman muda dengan idea segar untuk sama-sama memasyarakatkan seni. Menerusi pameran ke-50 Apad yang bertajuk 'Rewang', di balai seni Maya Gallery beberapa karya pelukis Generasi Z yang melambangkan takrifan mereka tentang kehidupan ditampilkan. BERITA HARIAN melaporkan.



USIA badan seni Angkatan Pelukis Aneka Daya (Apad) yang diselaras Cik Fajrina Razak selaku presiden bakal mencecah 60 tahun.



Di ambang sambutan tersebut tahun depan, pelukis visual dan pendidik seni ini teruja dengan kehadiran beberapa anak muda Generasi Z yang mewarnai pameran Apad ke-50, 'Rewang', di balai seni Maya Gallery.



Pameran yang berlangsung sejak 20 Oktober lalu hingga 5 November ini menampilkan 18 pelukis dari pelbagai generasi.



Cik Fajrina, 32 tahun, berkata paparan kerja seni yang rencam di ruang fizikal adalah satu kesegaran selepas dunia seni visual turut terjejas oleh pandemik Covid-19 yang 'mengurung' kreativiti di ruang maya.



Ketika ditemui Berita Harian, lulusan Akademi Seni Halus Nanyang (Nafa) yang berminat dengan lukisan batik itu, berkata:



"Kita memang sudah lama 'bertapa' dan jarang berjumpa. Tajuk 'Rewang' itu sendiri menggambarkan bagaimana kita kembali bergotong-royong dalam misi memasyarakatkan seni dan menarik anak muda memperjuang seni bersama Apad.



"Saya gembira terdapat beberapa anak muda yang tampil menyertai kami kerana ingin belajar selok-belok mempamerkan hasil kreativiti mereka.



"Ada yang pernah dengar tentang Apad dan ada pula yang tidak begitu tahu kewujudan badan seni ini.



"Di sebalik usia Apad yang hampir mencecah enam dekad ini, saya mengharapkan kita juga dapat segarkan persatuan ini sebagai wadah pertukaran idea antara pelukis dari generasi berbeza.



"Saya tak 'kan selama-lamanya menjadi presiden. Maka kami gigih mencari pelapis dan ingin mengasah kepimpinan golongan muda yang mempunyai idea kreatif."



Beliau sendiri masih ingat bagaimana dirinya sebagai pelajar seni mula berjinak-jinak dengan Apad dan bergaul dengan pelukis lebih mapan yang banyak mencurah pengalaman dan ilmu.



Apad kini dalam proses mengarkib katalog pameran dari tahun ke tahun sebagai satu inisiatif pendigitalan buat rujukan akan datang.



"Rewang adalah pembuka tirai bagi masyarakat pelukis bekerjasama. Kalau kita lihat majlis kahwin masa kini, keluarga dan saudara-mara atau sahabat-handai dah jarang rewang lagi kerana segalanya diserahkan pada katerer yang menyediakan majlis bufet.



"Seberapa boleh, dalam Apad, kita ingin mengusahakan pameran fizikal yang menggalakkan perbincangan sesama pelukis. Dalam tempoh pandemik jarak selamat tetap diperhatikan dengan kerja seni jalan terus," kongsinya.



Dua karya Cik Fajrina berupa cetakan foto pada lukisan akrilik menggambarkan suasana kurangnya aktiviti sosial sewaktu pandemik.



'Be with you in spirit' dan 'Sampai kita jumpa lagi' membawa pesanan meskipun terpisah daripada sahabat seni semasa krisis kesihatan ini, semangat seorang sahabat sejati tetap mengalir deras dari kejauhan.



  • Nota: 'Pameran Rewang' diadakan di Maya Gallery di 57 Genting Lane, #05-00, dari 12 tengah hari hingga 6 petang, antara Selasa dengan Ahad (hingga 5 November).

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >