Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

SUSULAN HUKUMAN LEBIH TEGAS JIKA LANGGAR LANGKAH PENGURUSAN SELAMAT

Pemilik hadapi risiko disaman jika pelanggan tak ikut peraturan

Sep 22, 2020 | 05:30 AM



PEMILIK perniagaan mengalu-alukan pendekatan lebih tegas untuk mengenakan hukuman ke atas kedai makanan dan minuman (F&B) dan pelanggan yang melanggar langkah pengurusan selamat walaupun jika ia kesalahan kali pertama, sambil berkata ia baik demi melindungi keselamatan semua.



Namun, pemilik tersebut turut melahirkan keprihatinan mereka mungkin akan perlu menanggung padahnya jika pelanggaran peraturan dilakukan oleh pihak pelanggan dan bukan daripada mereka.



Ini kerana menurut mereka, terdapat pelanggan yang tetap berkeras tidak mahu memakai semula pelitup muka selepas habis makan dan minum dan terus berbual dengan rakan mereka dan ada pula yang bercampur gaul dengan pelanggan lain yang duduk di meja lain meskipun setelah diingatkan tentang peraturan oleh kakitangan kedai F&B berulang kali.



Misalnya, pengurus Rumah Makan Minang, Encik Hazmi Zin, berkata pernah ada kejadian di mana sekumpulan tujuh pelanggan menyoalkan mengapa mereka tidak boleh duduk semeja sedangkan mereka semua ahli keluarga yang tinggal sebumbung dan keluar rumah menaiki kereta yang sama.



"Bagi kami di Rumah Makan Minang, kami ikut peraturan pemerintah. Tak mudah nak 'kawal' pelanggan. Keprihatinan saya ialah kita yang perlu jawab jika ada perkara yang berlaku. Saya selalu cakap dengan kakitangan saya agar pastikan ada jarak selamat dan peraturan diikut.



"Kita perlu didik pelanggan tentang peraturan yang ada. Kita menghormati pelanggan dan untuk memberitahu mereka supaya keluar restoran jika mereka tidak ikut peraturan adalah sukar," kata beliau.



Pemilik Nasi Lemak Crave, Encik Abdul Malik Hassan, berkata pendekatan lebih tegas itu adalah baik untuk memupuk disiplin dalam kalangan kedua-dua pemilik perniagaan dan pelanggan, dan ini satu langkah persiapan yang penting terutamanya apabila sempadan negara ini dibuka semula.



"Jika kita tidak ikut peraturan, pelancong yang akan datang ke negara kita pada masa depan akan menurut apa saja yang dilakukan orang tempatan buat. Kita mesti berdisiplin sekarang sebelum sempadan dibuka semula," kata beliau.



Pemilik bersama Black Hole Group yang memiliki rangkaian kafe termasuk di kawasan Kampong Glam, Encik Mustaffa Kamal, berkata garis panduan yang lebih ketat itu adil kerana negara ini mengalami pandemik dan ramai yang mungkin sudah alpa.



"Walaupun kita dibenarkan keluar dan bergaul, pandemik ini belum selesai. Menuruti pengumuman itu, sudah tentu saya terpaksa mengerah pasukan operasi saya untuk melaksanakan pemeriksaan tambahan untuk menekankan protokol yang telah dilatih sebelum ini. Ini untuk memastikan kami mematuhi peraturan tersebut.



"Tambahan pula, kini ramai yang keluar untuk makan. Oleh sebab peraturan ini, tempat duduk kami harus dikurangkan, dan saya harap pelanggan dapat memahami situasi ini jika mereka terpaksa tunggu lama ketika beratur," kata beliau.



Ketua Pegawai Operasi (COO) Beyond Pancakes, Encik Tirumal Bandari, berkata ramai pelanggan yang masih memandang remeh akan peraturan seperti tidak membuka pelitup muka sehingga makanan dan minuman dihidangkan walaupun terdapat notis yang diletak pada meja untuk mengingatkan mereka.



Apabila ditegur, beliau berkata ada yang menuruti nasihat tetapi ada juga yang akan marah dan enggan menggunakan pelitup muka kerana alasan makanan akan tiba.



"Tetapi, kita terpaksa menekankan protokol itu dan pernah beberapa kali pelanggan akan meninggalkan restoran kerana tidak puas dengan perkhidmatan (tegasan) yang diberikan. Saya harap pelanggan akan memahami situasi kami, dan dengan peraturan lebih ketat sekarang, saya harap mereka juga akan mainkan peranan mereka untuk turut akur dengan peraturan yang kami sediakan.



"Saya bukan apa, saya hanya menjalankan tanggungjawab saya, dan ini juga untuk keselamatan semua," kata beliau.




Bagi kami di Rumah Makan Minang, kami ikut peraturan pemerintah. Tak mudah nak 'kawal' pelanggan. Keprihatinan saya ialah kita yang perlu jawab jika ada perkara yang berlaku. Saya selalu cakap dengan kakitangan saya agar pastikan ada jarak selamat dan peraturan diikut.

Kita perlu didik pelanggan tentang peraturan yang ada. Kita menghormati pelanggan dan untuk memberitahu mereka supaya keluar restoran jika mereka tidak ikut peraturan adalah sukar.


- Encik Hazmi Zin, Pengurus Rumah Makan Minang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >