Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Pemilik studio solek kembali bersemangat

Rangka kerja industri kecantikan yang baru buka peluang pekerja pertingkat kemahiran, rancang laluan kerjaya
Aug 27, 2020 | 05:30 AM



SETELAH semua acara dihentikan dengan mulanya tempoh pemutus rantaian jangkitan (CB), Cik Rezani Ramli mendapati kerja beliau juga terhenti.



Pemilik studio solek Make Over Magic, dengan pengkhususan dalam solekan kesan khas (special effects), tidak dapat menawarkan sebarang khidmat solekan, justeru terpaksa memikirkan cara lain untuk memastikan perniagaannya dapat bertahan.



Antaranya, Cik Rezani, 45 tahun, menawarkan khidmat mereka laman dan juga menyunting video untuk syarikat kecil-kecilan dan juga pekerja bebas.



Dengan tamatnya tempoh CB, Cik Rezani lega dapat terus menawarkan khidmatnya, terutama sekali dengan bantuan rangka kerja industri kecantikan baru yang dilancarkan semalam.



Beliau merupakan antara 13,000 pekerja industri kecantikan Singapura yang bakal meraih manfaat daripada Rangka Kerja Keupayaan Khidmat Kecantikan (BSCF) yang bertujuan memberi peluang untuk mempertingkat kemahiran, merancang laluan kerjaya dan perkembangan mereka.



Demi mendorong peningkatan industri khidmat kecantikan tempatan, lima persekutuan perdagangan telah membentuk Persekutuan Khidmat Kecantikan (BSA) dan menghasilkan rangka kerja baru yang dilancarkan oleh Menteri Negara (Perdagangan dan Perusahaan), Cik Low Yen Ling.



Inisiatif baru yang disokong Enterprise Singapore (ESG) dan SkillsFuture Singapore itu dijangka menambah peluang pekerjaan untuk warga tempatan sebanyak 30 peratus dalam tempoh lima tahun akan datang.



Semasa pelancarannya semalam, Cik Low berkata rangka kerja tersebut boleh menjadi rujukan utama bagi perniagaan dan juga pekerja untuk mengukuhkan lagi keupayaan latihan dalam sektor yang mempunyai "potensi untuk berkembang pesat".



Katanya, industri khidmat kecantikan tumbuh pada kadar 10 peratus setiap tahun dan walaupun dengan cabaran suasana Covid-19, masih ada permintaan tinggi terhadap khidmat kecantikan dan kesejahteraan.



"Orang ramai masih ingin kelihatan cantik dan rasa seronok. Malah, dengan larangan ke luar negara buat masa ini, lebih ramai akan mendapatkan khidmat spa dan kecantikan setempat.



"Pelanggan juga mempunyai keyakinan tinggi bahawa tempat-tempat ini akan mengamalkan langkah-langkah keselamatan yang sewajarnya," kata Cik Low, sambil menambah permintaan pelanggan yang tinggi kelak akan mencipta lebih banyak peluang pekerjaan.



Di bawah rangka kerja baru itu, laluan kerjaya ditentukan dengan jelas, merangkumi 45 jawatan.



Untuk itu, pekerja yang sudah menceburi industri tersebut boleh memantau bagaimana mereka dapat meningkatkan kemahiran dan kekal relevan.



Sementara itu, mereka yang baru ingin melangkah ke arah industri kecantikan boleh menggunakan maklumat yang tersedia untuk memahami sektor itu dengan lebih mendalam serta mendapatkan maklumat mengenai kemahiran yang diperlukan bagi jawatan tertentu.



Pemilik perniagaan juga boleh merujuk kepada rangka kerja tersebut sebagai panduan terhadap pengambilan pekerja dan pengurusan bakat, antara lain.



Bagi merancakkan semula perniagaannya serta menawarkan khidmat, Cik Rezani, yang biasanya memerlukan tenaga kerja bebas, akui perlu kakitangan yang mempunyai kemahiran dalam solekan kesan khas.



Justeru beliau berharap rangka kerja baru itu dapat memberi lebih ramai peluang untuk menjalani kursus untuk mempertingkat kemahiran.



Kata Cik Rezani, yang telah menubuhkan studionya itu sejak 10 tahun lalu: "Dengan rangka kerja ini kemahiran teknikal dan juga keupayaan yang diperlukan dalam industri ini dapat ditetapkan dengan jelas.



"Ia juga menetapkan arah bagi perniagaan dan juga kakitangan dalam industri ini dan memberi mereka peluang untuk memikirkan kekurangan serta apa yang diperlukan pada masa hadapan."



Cik Rezani berkata rangka kerja yang tersedia itu juga akan memudahkan tugas beliau untuk mendapatkan kakitangan yang sesuai.



"Buat masa ini agak sukar bagi saya mencari jurusolek yang betul-betul mahir dalam solekan special effects, jadi saya harap dengan adanya rangka kerja ini, lebih banyak latihan solekan yang khusus dapat dikendalikan, dan lebih ramai diberi peluang meningkat kemahiran," katanya.




"Orang ramai masih ingin kelihatan cantik dan rasa seronok. Malah, dengan larangan ke luar negara buat masa ini, lebih ramai akan mendapatkan khidmat spa dan kecantikan setempat. Pelanggan juga mempunyai keyakinan tinggi bahawa tempat-tempat ini akan mengamalkan langkah-langkah keselamatan yang sewajarnya."
- Menteri Negara (Perdagangan dan Perusahaan), Cik Low Yen Ling, yang melancarkan rangka kerja industri kecantikan yang baru semalam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >