Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

KELUARAN KHAS: MASJID AL-AMIN

Pencinta, pembangun masjid diberi perlindungan Allah di akhirat

Jun 25, 2021 | 05:30 AM



APABILA meninggal seorang anak Adam, maka terputuslah amalannya kecuali antaranya sedekah jariah dan wakaf yang termasuk dalam amal jariah ini.



Wakaf merupakan sunnah muakkadah - satu amalan yang sangat digalakkan dalam Islam.



"Wakaf ini termasuk dalam amal yang teristimewa. Pahalanya tidak berhenti, berterusan mengalir, berkekalan walaupun orang yang wakif (orang berwakaf) sudah meninggal dunia," terang Ustaz Drs Ahmad Dahri, pendakwah bebas.



NIAT WAKAF UNTUK ORANG LAIN



Kata Ustaz, ada seorang sahabat yang bertanyakan kepada Nabi saw.



"Ya Rasulullah, adakah peluang aku berbuat baik kepada ibuku sesudah beliau mati meninggalkan dunia ini."



Nabi saw menjawab: "Boleh."



Baginda memberitahu kepada sahabat tersebut bahawa ada sebuah masjid di satu kampung yang selalu dikunjungi ramai jemaah untuk bersolat tetapi masjid itu tidak ada kemudahan untuk berwuduk sebab tidak ada air.



Maka menurut Ustaz Drs Ahmad Dahri, Nabi saw mengatakan:



"Galilah sumur di situ dan niatkan untuk ibumu itu."



WAKAF UNTUK MASJID



"Seandainya tidak ada orang yang mengenang kita, tidak ada orang nak doakan kita, kita sudah ada amal jariah ini.



"Jadi jangan lewatkan amal jariah terutama sekali yang berwakaf buat masjid. Masjid ini rumah Allah swt," hurai Ustaz.



Ustaz menambah, ia juga amalan persiapan untuk hari kematian seperti yang dinyatakan dalam firman Allah swt dalam surah Al-Hasyr ayat 18 yang bermaksud:



"Wahai orang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya); dan hendaklah setiap diri melihat dan memerhatikan (muhasabah) terhadap apa yang dia sediakan (daripada amalannya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi Pengetahuan-Nya akan segala yang kamu kerjakan."



Ustaz menerangkan Allah swt berjanji melalui Nabi saw bahawa sesiapa yang membangunkan masjid semata-mata kerana Allah, Allah akan membangunkan untuk orang itu istana di dalam syurga.



''Mungkin kita tidak dapat bangunkan sebuah masjid kerana kos yang begitu besar tetapi kita boleh berkongsi bersama-sama orang tersayang untuk membangunkan misalannya satu dinding atau tiang masjid atau yang ikut kemampuan kita.



"Kalau kita tidak boleh membangun sebuah masjid, mari kita sama-sama membangun satu tiang masjid," nasihat ustaz.



Masjid Al-Amin kini memerlukan dana. Ini menurut Ustaz, bukan kewajipan jawatankuasa masjid tetapi ia mejadi kewajipan umat Islam di Singapura ini.



"Membangunkan masjid ini menjadi lubuk pahala kerana membangun masjid ertinya kita membangun rumah Allah.



"Bayangkan. Yang kita bangunkan ini rumah Allah swt. Tentu sekali Allah swt akan membalas dengan berlipat ganda pahala, rezeki," pesan Ustaz yang merupakan Rakan Asatizah Masjid Al-Amin.



BERTAWASSUL DENGAN AMAL SOLEH



Ustaz juga menganjurkan agar bertawassul dengan amal soleh.



"Umpamanya, kita minta pada Allah. Ya Allah, dengan aku memberi sumbangan bangunan masjid ini, Kau hilangkanlah penyakitku ini, sampaikanlah hajatku. Kita boleh bertawassul," ajar Ustaz.



Menurut Ustaz, kata Nabi saw, di akhirat nanti ada tujuh golongan manusia yang akan mendapat perlindungan Allah.



Di antara tujuh itu termasuklah orang-orang yang cintakan masjid dan orang yang membangunkan masjid.




"Membangunkan masjid ini menjadi lubuk pahala kerana membangun masjid ertinya kita membangun rumah Allah. Bayangkan. Yang kita bangunkan ini rumah Allah swt. Tentu sekali Allah swt akan membalas dengan berlipat ganda pahala, rezeki.''
- Ustaz Drs Ahmad Dahri.




Sumbangan wakaf



MASJID Al-Amin mengalu-alukan sumbangan wakaf bagi Dana Peningkatan Masjid Al-Amin agar rancangan peningkatannya berjalan dengan lancar.



Ketua Unit Operasi Masjid Al-Amin, Ustaz Nassharudin Abdul Rahman, berkata kerja-kerja peningkatan dijangka bermula sekitar suku ketiga hingga keempat tahun ini iaitu sekitar bulan Oktober hingga November 2021.



"Kami mengucapkan ribuan terima kasih atas segala sokongan dan sumbangan masyarakat Islam Singapura. Kami mohon doa agar semua perjalanan usaha mengumpulkan baki dana $1.5 juta berjalan dengan lancar dan semua kerja peningkatan berjalan dengan selamat dan dipermudahkan," ujar Ustaz Nassharudin.



Kerja-kerja peningkatan merangkumi:



1. Pembaikan bumbung masjid yang usang serta kebocoran dan sangat kritikal untuk menjalani pembaikan keseluruhannya.



2. Penukaran serta pembaikan seluruh sistem tenaga elektrikal dan mekanikal masjid.



3. Peningkatan dewan solat masjid (peningkatan mihrab, penukaran permaidani, kipas angin, lampu LED, sistem audio visual, CCTV, ruangan tetamu/bilik khas untuk imam/khatib bersalin pakaian dan bertemu Jemaah).



4. Mengubahsuai dewan serbaguna masjid.



5. Membangun sebuah bilik Kaunseling dan Ruangan Keluarga.



6. Penambahan kelas-kelas untuk pembelajaran agama



7. Mengadakan ruang mini muzium/galeri sejarah masjid dan tamadun Islam



8. Mengecat seluruh bangunan masjid dan perkara-perkara lain.




CARA BERI SUMBANGAN/IKUTI SYARAHAN



CARA MENYUMBANG:



- Pemindahan wang ke akaun semasa DBS: 012-009859-6



- PayNow UEN No: S91MQ0008B001



- Derma secara langsung ke masjid (waktu pejabat)



- Cek atas nama Lembaga Pentadbir Masjid Al-Amin



- Derma dalam talian: https://linktr.ee//masjidalamin



IKUTI SYARAHAN



Syarahan agama Ustaz Drs Ahmad Dahri tentang "Keimanan Yang Tiada Tandingannya" anjuran Masjid Al-Amin di Facebook: Masjid Al-AminSG pada Sabtu, 26 Jun 2021 mulai jam 8.30 malam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >