AKIBAT Covid-19, pendapatan sewa diperolehi Kumpulan Second Chance Properties Ltd (SCP) juga tertekan.
Malah, Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO) Encik Salleh Marican berkata beberapa hartanah milik syarikat itu yang disewakan termasuk di Sim Lim Square dan Blok 190 Toa Payoh Central terpaksa diturunkan harga sewanya.