Subuh
5:58
Syuruk
7:16
Zuhur
1:20
Asar
4:35
Maghrib
7:21
Isyak
8:31
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

PERSATUAN MUHAMMADIYAH

Pendidikan Islam harus mudah diakses semua orang

Apr 15, 2022 | 06:32 AM



PERSATUAN Muhammadiyah memainkan peranan penting dalam memupuk masyarakat dalam pendidikan Islam.



Institusi pendidikan pertama Muhammadiyah ialah Tadika Muhammadiyah (MK) yang ditubuhkan sejak 40 tahun lalu. Hari ini, ia kekal beroperasi di 66 Jalan Lapang.



Tadika Muhammadiyah telah meraih pelbagai pencapaian seperti pensijilan Agensi Pembangunan Awal Kanak-kanak (ECDA) dan mengekalkan kadar kejayaan yang tinggi bagi kemasukan ke madrasah.



Kata Pengetua Tadika Muhammadiyah, Cik Nur Nadia Abdul Rahman:



"Alhamdulillah, kami melihat permintaan yang agak memberangsangkan daripada ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka ke Tadika Muhammadiyah. Setiap tahun, pengambilan pelajar bagi kemasukan ke tadika kami penuh."



Pada 1984, Muhammadiyah juga menubuhkan Kelas Asas Bimbingan Agama (Kaba), sebuah madrasah mingguan atas permintaan masyarakat untuk pendidikan asas Islam buat pelajar di sekolah-sekolah nasional.



"Kami perlu sentiasa membuat penyesuaian pada keperluan masyarakat. Kami mula menyampaikan pengajian dalam dwibahasa iaitu bahasa Melayu dan Inggeris beberapa tahun lalu," kata Pengetua Kaba, Ustaz Md Saufi Md Noor.



Walaupun mencabar untuk mengekalkan kehadiran kelas yang baik pada awal tempoh pandemik Covid-19, Kaba kini melihat hasil kerja mereka apabila bilangan pelajar meningkat sehingga 50 peratus bagi pengambilan pelajar tahun 2022 ini. Kini, institut pendidikan terbaru Persatuan Muhammadiyah ialah Kolej Islam Muhammadiyah (MIC) yang ditubuhkan pada 2000.



Ia merupakan institusi pengajian tinggi pendidikan Islam yang pertama di Singapura, dan pada 2017 ia menjadi kolej Islam setempat pertama menawarkan ijazah sarjana dengan kerjasama universiti antarabangsa.



"Permintaan bagi kursus dalam bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar begitu tinggi. Oleh itu, MIC kini mula menawarkan kursus Diploma Pengajian Islam dalam bahasa Inggeris bagi kedua-dua kemasukan pada tahun ini," kata Pengarah MIC, Encik Sazali Wahid.



Program-program ini mengenakan bayaran yang berpatutan kerana Persatuan Muhammadiyah percaya bahawa pendidikan Islam buat semua peringkat harus mudah diakses semua orang.



Dalam kalangan pelajar ada mereka yang berasal daripada keluarga yang mengalami masalah kewangan, dan Persatuan Muhammadiyah menawarkan yuran bersubsidi kepada mereka.



"Kami bekerja keras untuk mengukuhkan lagi program sokongan sekolah buat keluarga yang berpendapatan rendah atau mengalami masalah kewangan supaya kami boleh menawarkan bantuan dengan lebih berkesan. Kami memerlukan pendanaan tahap awal yang kukuh dan kami sedang berusaha mengumpul dana itu dengan sokongan masyarakat," kata Setiausaha Umum Persatuan Muhammadiyah, Cik Roszanah Abdul Salim.




PERLU SUMBANGAN



Persatuan Muhammadiyah mengharapkan sumbangan masyarakat, dalam bentuk zakat harta, fidyah dan infak, demi memastikan institusi pendidikan Islam dapat terus berkembang untuk menyebarkan ilmu.



Sila beri sumbangan ikhlas anda melalui PayNow kepada UEN S58SS0020C atau rujuk kepada iklan di bawah untuk menderma dalam pelbagai cara.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >