Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pendidikan Islam relevan, berstruktur, komprehensif

Dec 12, 2020 | 05:30 AM



SEPERTIMANA Cik Norliah Ahdan, 52 tahun, suri rumah dan suaminya, Nursham Ayop, 52 tahun, pemandu kereta sewa privet, mahukan anak tunggal mereka, Naufal Mifzal Nursham, sembilan tahun, berjaya dalam bidang akademik.



Mereka juga mahu anak mereka mempunyai kefahaman mengenai Islam supaya ia dapat menjadi bekalan di akhirat nanti.



Lantaran itu, mereka telah mendaftarkan Naufal di program Kelas Bimbingan Kanak-Kanak (KBK) di pusat pendidikan Islam Andalus.



Program ini bertujuan menyediakan pendidikan asas agama Islam kepada kanak-kanak yang berumur antara tujuh hingga 12 tahun.



Tempoh pengajian KBK adalah selama enam tahun.



Selain itu, Naufal juga menghadiri Program Iqra Sepadu (PIS) pada setiap Khamis.



Program tersebut memberi peluang kepada pelajar mengenal huruf-huruf hijaiyyah yang akhirnya mereka dapat membaca ayat-ayat Al-Quran mengikut kemampuan pelajar.



Mengulas tentang perkembangan Naufal dalam pengajian Islam, Cik Norliah berkata:



"Alhamdulillah, kami lihat Naufal daripada tidak mengenal huruf hijaiyah, sekarang sudah kenal huruf dan boleh menghafal surah-surah seperti Al-Fatihah dan Al-Ikhlas."



Pendidikan Islam memang sangat digalakkan sejak usia kecil lagi bagi masyarakat Islam Singapura, menurut Pengarah Eksekutif Pendidikan Andalus, Ustaz Fathurrahman Dawoed.



Ini kerana dengan adanya latar belakang ilmu Fardhu Ain dan ilmu Fardhu Kifayah secara sepadu, seseorang itu boleh menjadi orang Islam yang baik untuk keluarga dan masyarakat.



"Agama tidak terpisah dengan kehidupan dunia kerana agama memelihara kemaslahatan kita iaitu hubungan baik kita bersama keluarga dan masyarakat selain menjadi persiapan kita buat akhirat," kata Ustaz Fathurrahman.



Menjelaskan juga pengajian di Andalus sebelum keadaan koronavirus Covid-19, Guru Kanan bagi cawangan Andalus Bedok Reservoir, Ustaz Mohammad Afiq Ariff, berkata bahawa pengajian biasanya berlangsung secara bermodul.



Pelajar peringkat menengah dan yang ke atas pula didedahkan dengan tugasan berkumpulan - biasanya pelajar disuruh baca dan fahami teks dari buku dan mereka perlu kaitkan dengan kehidupan mereka sebagai seorang Muslim Singapura.



Melalui tugasan berkumpulan, pelajar boleh menulis hasil perbincangan mereka dan bentangkan kepada kelas.



"Keadaan pandemik telah menimbulkan banyak perkara negatif seperti krisis keluarga yang berlaku semasa tempoh pemutus litar (CB), kemurungan dan sebagainya. Dengan adanya ilmu agama, sedikit sebanyak akan mengeluarkan kita daripada kegelapan dan dapat menilai dengan kewajaran.




"Agama tidak terpisah dengan kehidupan dunia kerana agama memelihara kemaslahatan kita iaitu hubungan baik kita bersama keluarga dan masyarakat selain menjadi persiapan kita buat akhirat.''
- Ustaz Fathurrahman Dawoed.




Pengarah Eksekutif Pendidikan Andalus (kanan) "Keadaan pandemik telah menimbulkan banyak perkara negatif seperti krisis keluarga yang berlaku semasa tempoh putus litar (CB), kemurungan dan sebagainya. Dengan adanya ilmu agama, sedikit sebanyak akan mengeluarkan kita daripada kegelapan dan dapat menilai dengan kewajaran.''
- Ustaz Mohammad Afiq Ariff, Guru Kanan bagi cawangan Andalus Bedok Reservoir.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >