PENDIGITALAN akan terus dipergiat dalam tahun baru ini yang dipercepatkan akibat pandemik Covid-19, menurut seorang karyawan keselamatan siber Encik Abdul Wahab Mohamed Yusoff, yang merupakan Naib Presiden (Asia Pasifik & Jepun) Forescout Technologies.
"Wabak itu telah mempercepatkan pendigitalan disebabkan ramai yang bekerja dari rumah. Jadi, kita boleh jangkakan syarikat memperkenalkan lebih banyak produk dan khidmat untuk meneruskan trend ini. Ia juga telah meningkatkan keperluan bagi keselamatan siber,'' katanya.