Subuh
5:40
Syuruk
7:04
Zuhur
1:11
Asar
4:35
Maghrib
7:15
Isyak
8:30

Pengalaman 'bidan terjun' mengacara buka mata bakat komedi

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Gaya Hidup
31
0

Pengalaman 'bidan terjun' mengacara buka mata bakat komedi

Mar 04, 2021 | 05:30 AM

MODAL lawak sentiasa muncul spontan di fikiran dan terpantul daripada mulut pelakon komedi dan pempengaruh sosial Farah Lola.

Bakat Singapura berusia 28 tahun ini kian dikenali kerana mengacara segmen belakang tabir dan media sosial peraduan Anugerah2021 setiap Selasa.

Farah, yang nama sebenarnya, Nur Farah Khaizuran Abdul Rashid, juga antara bintang muda yang julung kalinya dicalonkan bagi Pesta Perdana 2021 esok.

Menerusi drama Lesung (Musim Kedua), beliau berentap dengan bakat muda lain, Azzy Mozerin, Haziqah Hashir, Iskandar Shah Zulkifli dan Salif Hardie dalam kategori Pelakon Harapan Terbaik.

Ikuti wawancara Zoom dengannya.

Soalan (S): Apakah yang Farah rasakan apabila menerima pencalonan ini?

Farah (F): Saya sebenarnya lebih teruja kerana dapat membahagiakan ibu bapa saya. Mereka lebih ghairah daripada saya.

Ibu memang peminat 'Nombor 1' saya. Sewaktu pandemik, ibu bapa saya gunakan wang simpanan buat melancong untuk beli bermacam barang baru sebab tidak dapat mengembara. Sempat mereka beli meja kononnya nak letak piala Pesta Perdana saya! Saya kata, kalau tak menang, takkan meja tu nak buang?

Kerana Lesung 2 adalah pengalaman pertama saya berlakon, banyak kritikan yang saya beri kepada diri sendiri.

Apabila dicalonkan, ia amanah besar buat saya. Saya ambil segalanya secara santai sahaja. Kalau menang, bagus. Tak dapat pun tak mengapa.

S: Farah mempunyai 21,000 pengikut Instagram. Bagaimana peralihan dari media sosial ke televisyen?

F: Orang selalu ingat personaliti saya 'gedik' dan menggelitis, tak boleh diam 24 jam, seperti di Instagram! Itu di media sosial bagi video seminit dua... mestilah banyak tenaga.

Namun, apabila menjalani penggambaran bagi set televisyen selama 12 jam, perlu jimat tenaga... jadi saya taklah kecoh macam di video Instagram.

S: Bagaimana pengalaman menjayakan 'Lesung 2'?

F: Memandangkan ia pengalaman pertama saya berlakon bagi drama Suria, banyak soalan mengisi minda. Saya sepupu Fauzie Laily dalam drama itu.

Pengarah minta saya jadi diri sendiri tapi saya keliru, apakah saya perlu tampilkan kematangan atau jadi 'hyper' seperti di Instagram? Sebab kononnya saya dan Fauzie sebaya dalam watak kami.

Walhal, Fauzie tu lebih tua daripada saya! Mujurlah, pengarah Izzat Yusoff dan Fauzie membantu saya agar tak canggung.

S: Selaku pengacara belakang tabir dan media sosial Anugerah, apakah peranan anda?

F: Seram sejuk. Ibarat dicampak tiba-tiba dalam laut! Bertatihlah saya belajar. Saya sama-sama gementar macam peserta. Jadi di belakang pentas, kami saling beri semangat kepada satu sama lain.

Alhamdulillah, pengikut Instagram saya akan beri maklum balas, ada kemajuan dalam penyampaian saya saban minggu.

S: Jelaskan kandungan video anda sebagai pempengaruh sosial.

F: Saya akan membebel tentang hal sekeliling saya. Saya anggap diri saya sebagai si 'pengadu kreatif'. Katakan ada budak Melayu ni buat hal di luar. Saya akan hasilkan video lucu membebel tentang perangainya.

Ada video tentang cikgu yang payah sebut nama budak Melayu dan India yang panjang. Terbelit-belit lidahnya. Ramai rasa perkara itu pernah berlaku pada mereka. Warganet suka video sebegini.

S: Apakah perkara yang anda usahakan sewaktu pandemik Covid-19?

F: Saya kembali mengait, kemahiran yang saya perolehi sejak usia 18 tahun. Saya mula menjual produk kaitan saya. Alhamdulillah, bisnes ini mendapat sambutan baik.

Maklumlah, tangan saya ni tak boleh diam kalau tonton televisyen. Nak makanlah, nak belek bukulah. Jadi lebih baik mengait!

S: Apakah projek akan datang Farah?

F: Saya bakal terlibat dalam satu pementasan teater The Karims bersama Rafaat Hamzah, Adib Kosnan dan Dalifah Shahril.

Saya adalah si anak manja yang berkahwin dengan watak yang dibawakan Adib. Wataknya adalah sebagai menantu yang resah tinggal dengan mentua. Bapa mentuanya pula tidak menyukainya.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3