FLAT-FLAT Bina-Mengikut-Tempahan (BTO) pertama di bawah model Perumahan Awam Lokasi Utama (PLH) akan kekal dimampui berdasarkan syarat ditetapkan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB), dan menarik minat pembeli yang ingin mendiami flat untuk jangka panjang, menurut para pengamat.
Ini kerana tempoh penginapan sementara (MOP) bagi flat itu ialah 10 tahun sebelum ia dapat dijual berbanding lima tahun bagi BTO biasa.