Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

SAJIAN KHAS HARI INI: IKON MASYARAKAT

Pengasas Second Chance kongsi pengalaman disenarai di SGX selama 24 tahun

Sep 26, 2021 | 05:30 AM



MENJADI sebuah syarikat yang disenaraikan di Bursa Singapura (SGX) telah membawa banyak keistimewaan kepada pengasas dan ketua pegawai eksekutif (CEO) Second Chance Properties Ltd (SCP) Encik Salleh Marican sejak 24 tahun lalu.



Apabila syarikat inginkan pinjaman, bank lebih mudah berikan pinjaman pada kadar lebih istimewa berbanding syarikat yang tidak disenaraikan.



Bahkan menjalinkan usaha niaga dengan syarikat lain juga menjadi lebih mudah apabila mereka tahu syarikat itu sebuah syarikat yang disenaraikan.



Tetapi, yang lebih penting, sejak disenaraikan, aset ketara bersih (NTA) Second Chance telah meningkat dari $20 juta kepada sekitar $280 juta ketika ini hasil perkembangan syarikat itu, kongsi Encik Salleh dalam temu ramah dengan Berita Minggu (BM) untuk mengongsi pengalamannya disenaraikan di SGX.



SCP menjadi syarikat diasaskan peniaga Melayu/Islam pertama disenaraikan di papan kedua SGX pada Januari 1997 sebelum ia beralih ke papan utama SGX pada 2004.



Sebuah lagi syarikat PropNex Realty yang diasaskan oleh ketua pegawai eksekutif (CEO) Encik Ismail Gafoor disenaraikan di SGX pada 2018.



"Matlamat untuk kita senaraikan ialah untuk mendapat modal dengan lebih murah. Tidak perlulah kita nak kumpulkan dana dari anggota keluarga atau kawan-kawan.



"Semasa pertama kali saham Second Chance disenaraikan di papan kedua SGX, kami dapat kumpulkan $5.4 juta.



"Banyak kelebihan diberikan apabila syarikat kita disenaraikan. Bank berikan pinjaman dengan lebih mudah dengan kadar istimewa kerana syarikat kita dianggap berisiko rendah berbanding syarikat lain.



"Ia juga lebih mudah membuat janji temu dengan pengerusi syarikat lain apabila mereka tahu syarikat kita disenaraikan,'' ujar Encik Salleh, yang menawarkan harga saham sebanyak 30 sen dalam Tawaran Awam Awal (IPO) itu.



Meskipun banyak peraturan audit yang perlu dipatuhi, ia mudah diurus jika terdapat anggota lembaga pengarah yang membantu. Beliau mempunyai dua anggota lembaga pengarah bebas merupakan akauntan.



Encik Salleh akur kos penyenaraian semakin mahal berbanding waktunya dulu.



Beliau membelanjakan kos keseluruhan sebanyak $300,000 untuk menyenaraikan Second Chance termasuk bayaran peguam, akauntan, SGX dan sebagainya.



Kini, kos penyenaraian sahaja boleh mencapai $1.5 juta.



Kriteria pematuhan juga lebih ketat misalnya syarikat perlu mendedahkan maklumat syarikat dalam perubahan iklim.



Semasa syarikatnya disenaraikan, antara kriteria ditetapkan agar syarikat itu mencatatkan keuntungan sekurang-kurangnya $1 juta bagi tempoh tiga tahun.



"Bagi saya, pencapaian terbesar dalam menyenaraikan syarikat ialah syarikat semakin berkembang dan aset ketara bersih meningkat dari $20 juta untuk mencapai $280 juta ketika ini hasil keuntungan lebih tinggi. Matlamat saya agar ia boleh mencapai $1 bilion satu hari nanti,'' kata usahawan veteran itu.



Setelah melalui onak dan duri dari krisis kewangan Asia dan pandemik Covid-19, Encik Salleh berkata beliau berbangga kerana tidak pernah menanggung kerugian bagi tahun kewangan penuh sepanjang disenaraikan.



Di tengah-tengah kemelut Covid-19 tahun lalu, keuntungan bersih SCP masih dapat mencapai $4.45 juta berbanding bagi tahun kewangan 2020.



Sepanjang penyenaraian selama lebih dua dekad, para pemegang sahamnya diberikan saham bonus yang memberikan pulangan yang baik meskipun harga saham syarikat tidak banyak berubah berbanding harga IPO.



Harga saham itu mencecah 28.5 sen Jumaat lalu, yang menjadikan permodalan pasaran mencecah $214 juta.



Menurut Encik Salleh, sekitar 83 peratus saham-saham dalam SCP dimiliki beliau dan keluarganya, lantas jumlah saham didagangkan agak terhad.



Menjelaskan strategi perniagaannya ketika ini, Encik Salleh telah menjual beberapa kedai miliknya yang bernilai $100 juta dan menggunakan hasil duit itu untuk melabur dalam saham-saham sejagat berpotensi.



Ketika ini, portfolio pelaburan dalam saham-saham ekuiti sejagat mencapai $210 juta berbanding pelaburan hartanah yang sudah susut kepada $140 juta dari $250 juta.



Modal bagi perniagaan emas Golden Chance mencapai $15 juta, manakala pakaian First Lady pula, yang meliputi operasi di Singapura dan Malaysia, mencapai $1 juta.



Pada separuh kedua tahun depan, beliau juga akan memindahkan kedai First Lady dan Golden Chance dari Tanjong Katong Complex (TKC) ke City Plaza.



"Harapan saya satu hari nanti ada lagi banyak syarikat Melayu/Islam lain yang dapat disenaraikan di SGX,'' kata Encik Salleh.




"Bagi saya, pencapaian terbesar dalam menyenaraikan syarikat ialah syarikat semakin berkembang dan aset ketara bersih meningkat dari $20 juta untuk mencapai $280 juta ketika ini hasil keuntungan lebih tinggi. Matlamat saya agar ia boleh mencapai $1 bilion satu hari nanti.''
- Encik Salleh Marican, CEO Second Chance Properties Ltd (SCP).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >