Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

Pengecualian azab bagi yang bersyukur

Apr 30, 2021 | 05:30 AM



KENIKMATAN hidup ini adalah apabila kita bersyukur kepada Allah swt dan keresahan itu mula terbit saat kita mula hilang rasa kesyukuran kita kepada-Nya.



Syukur adalah satu nikmat yang Allah berikan kepada kita sehinggakan Allah memberikan pengecualian daripada azab Allah buat hamba-hambanya yang bersyukur.



Allah swt berfirman di dalam surah As-Saba ayat 13: "Dan sedikit dalam kalangan hambaku yang bersyukur."



Menyebut kalimah syukur di mulut itu sangat mudah tetapi tidak ramai yang dapat rasakan kesyukuran itu di dalam lubuk hati mereka.



Ini kerana kesyukuran itu juga perlu diminta daripada Allah sepertimana yang diminta oleh Nabi Sulaiman as yang dirakamkan doanya di dalam surah An-Naml pada ayat yang ke-18:



"Wahai Tuhan, kurniakanlah kepadaku agar aku dapat bersyukur di atas nikmat yang kau berikan kepadaku."



Dan di antara bukti rasa syukur kita kepada Allah adalah dengan mempertingkat amal ibadah kita dengan bangun malam dan bertahajud kepadanya, bersendirian bersama Allah, berdoa, merayu dan merintih kepadanya.



Dan, di antara doa yang Nabi bacakan ketika bangun malam:



Allahumma inni a'udzu biridhaoka min sakhotika (Ya Allah, aku berlindung dalam redamu,daripada murkamu); Wa bi mu'afaatika min 'uqubatik (aku berlindung dengan keafiatanmu, daripada hukuman); wa a'udzu bika minka (aku berlindung denganmu, daripada tindakanku); laa uh-shi tsanaa-an 'alaik, anta kamaa atsnaita 'ala nafsik (aku tak dapat nak menghitung pujian kepadamu, engkau sepertimana yang engkau memuji dirimu).



Doa yang sangat indah ini yang dibaca oleh Nabi saw untuk menzahirkan rasa kesyukurannya kepada Allah kerana sebanyak mana yang kita puji Tuhan, kita tidak dapat memujinya dengan selayaknya.



Memahami maksud syukur yang sebenar, hadir daripada jiwa yang dalam.



Daripada episod yang berlaku dalam kehidupan kita hari ini, banyak nikmat Allah yang patut kita syukuri.



Dan bukti kesyukuran kita hari ini, masjid sudah dibuka dan kegiatan kegamaan sudah kembali beroperasi semula.



Hari ini juga masjid kita dibuka di bulan Ramadan dan kita dapat melakukan ibadah seperti solat tarawih dan qiamullail bersama.



Ini berbeza dengan kedaan tahun lalu apabila masjid ditutup dan kita terpaksa menyambut Ramadan di rumah masing-masing.



Namun, kita masih perlu terus memainkan peranan dan bersikap sambil lewa ketika berbuka puasa di luar rumah atau ketika menziarahi ahli keluarga kita.



Marilah sama-sama kita terus tingkatkan kesyukuran kita kepada Allah dengan memainkan peranan kita sebagai individu-individu yang bertanggung jawab dan mempertingkatkan rasa kesyukuran kita kepada Allah dengan memperbanyakkan berdoa dan amal ibadah kita.



Moga Allah terus tambahkan nikmatnya kepada kita dan memelihara masyarakat kita.



  • Penulis Ketua Dakwah dan Pembangunan Masyarakat, Masjid Al-Islah, serta Naib Kadi Pejabat Pendaftaran Pernikahan Orang Islam.


"Wahai Tuhan, kurniakanlah kepadaku agar aku dapat bersyukur di atas nikmat yang kau berikan kepadaku."
- Surah An-Naml, ayat ke-18.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >