Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MASJID BENCOOLEN

Pengisian rohani dan fizikal untuk jemaah wanita

Mar 12, 2021 | 05:30 AM



PELBAGAI pilihan telah diambil oleh Masjid Bencoolen untuk mencari dana bagi meneruskan kerja naik taraf prasarana di masjid tersebut.



Usaha naik taraf ini diperlukan agar masjid dapat menjadi medan dakwah yang selesa untuk Muslim menunaikan ibadah dan menjalankan kegiatan keagamaan.



Menjelaskan mengenai hal tersebut, Pengerusi Masjid Bencoolen, Encik Mohamed Rafeeq Mohamed Yusoof, menghuraikan:



"Pengumpulan dana untuk Masjid Bencoolen masih lagi berkurangan. Sejauh ini, sebanyak $1.5 juta berjaya dikumpulkan dan kami masih memerlukan dana sebanyak $1.5 juta lagi.



"Walaupun jumlah yang terkumpul masih jauh daripada kos yang diperlukan, pihak masjid sudah pun memulakan kerja peningkatan secara perlahan-lahan. Jika kerja naik taraf ini sudah selesai, insya-Allah, masjid akan berjaya memuatkan dan menampung lebih ramai jemaah untuk hadir beribadah.



"Segala dana akan digunakan untuk menampung sepenuhnya kerja peningkatan termasuklah keperluan pejabat dan barangan bilik darjah. Kerja pengubahsuian yang sedang berlangsung termasuklah kawasan di dewan solat utama, ruang bawah dan dewan serba guna yang boleh digunakan sebagai dewan solat dan kelas Pendidikan Islam.



"Dengan kata lain, segala peningkatan perlu agar masjid dapat dijadikan sebagai pusat pembangunan masyarakat Islam dan pusat penyebaran ilmu agama yang kukuh."



Sebagai nadi penyatuan masyarakat Islam, Masjid Bencoolen sentiasa mengimarahkan masjid dengan program-program yang bermanfaat untuk seluruh warga Islam, termasuklah jemaah wanita.



"Sebagai masyarakat Islam yang prihatin, kita hendaklah berusaha untuk memakmurkan masjid dengan menyokong pengubahsuaian dan segala program anjuran masjid.



"Segala aspek yang ditambah baik adalah untuk memperbaiki segala kelemahan yang wujud. Pihak masjid juga telah melakukan pelbagai cara tambahan supaya masjid terus kekal relevan pada mata masyarakat Islam.



"Susulan itu, Masjid Bencoolen cuba mencari -pengisian yang sesuai untuk semua jemaah, termasuklah jemaah wanita. Kami tidak mahu sesiapa sahaja ketinggalan untuk menikmati program keagamaan masjid. Tanpa sokongan jemaah, masjid mungkin tidak dapat bergerak dengan baik."



Berdasarkan perancangan yang terkini, semua kegiatan masih diteruskan secara maya seperti ceramah, pembelajaraan Al-Quran, zikir, selawat serta sambutan bulan-bulan Islam.



Sekiranya semuanya berjalan mengikut ketetapan, masjid dijangka dibuka pada penggal ketiga pada 2021.



Oleh itu, pihak masjid memohon sokongan jemaah dan para penderma agar terus menyumbang kepada tabung dana Masjid Bencoolen yang masih lagi berkurangan.




CARA MENDERMA



  • Hulurkan derma anda hari ini dengan pemindahan wang kepada akaun bank OCBC yang bernombor 506-010925-001;

  • atau lawati https://masjidbencoolen.org/donate.

  • Untuk urusan sumbangan melalui pembayaran cek, sila hantar cek atas nama 'Masjid Bencoolen' dan hantar kepada alamat: 51 Bencoolen Street, #01-01, Singapore 189630.

  • Orang ramai juga boleh menderma dengan menyertai projek Nasi Amal bermula 1 Februari 2021 hingga 30 Jun 2021 yang merupakan kerjasama dengan Restoran Al Barakath dan Restoran Al Fazl.

  • Hubungi talian 6333 3016 untuk sebarang maklumat lanjut dan layari Facebook@ Masjid.bencoolen atau Youtube@masjidbencoolenTV.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >