Subuh
5:36
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:31
Maghrib
7:11
Isyak
8:26
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Penglihatan, pendengaran, deria rasa yang baik pertingkat mutu hidup

Raih manfaat daripada pemeriksaan fungsi yang dikhaskan bagi golongan warga emas
Jan 06, 2019 | 05:30 AM



USIA yang sudah meningkat ke 60 tahun bukan penghalang bagi Cik Sakilah Abdul Rahman meneruskan kehidupan harian dengan menyertai pelbagai kegiatan.



Selain bekerja sebelah siang sebagai kakitangan di sebuah syarikat perkhidmatan pos, beliau juga mempunyai kerja sambilan di salah sebuah pusat peranginan di sini.



Beliau berasa tahap kesihatannya cukup baik memandangkan beliau dapat hidup berdikari - seorang diri di flatnya yang terletak di Redhill Road.



Sehinggalah beliau mendapatkan Pemeriksaan Fungsi dengan mata, telinga dan giginya diperiksa di salah sebuah pusat kegiatan warga senja berdekatan rumahnya.



Cik Sakilah merupakan salah seorang warga emas yang dipilih di bawah Projek Pemeriksaan Warga Emas (PSS) - sebuah program Pemeriksaan Fungsi yang bertujuan membaiki mutu kehidupan warga emas.



Ini termasuk pemeriksaan penglihatan, pendengaran dan kesihatan mulut agar pemintasan awal boleh dilakukan sekiranya perlu.



Dalam pemeriksaan itu, Cik Sakilah didapati mempunyai penglihatan yang kurang baik selain masalah pergigian.



Selain memakai cermin mata setiap kali membaca, nenek seorang cucu itu juga telah memasang gigi palsu sejak kebanyakan giginya terpaksa dicabut.



"Memang setiap kali membaca, Cik perlu pakai cermin mata.



"Kalau tidak, memang kurang jelas apa yang dibaca.



"Begitu juga semasa makan, perlu ada gigi palsu," kata ibu seorang anak itu lagi.



Menerusi PSS, warga emas yang memerlukan alat bantuan akan dihubungkan dengan khidmat jagaan relevan dalam masyarakat dan mempunyai akses bagi mendapatkan kaca mata, alat pendengaran dan gigi palsu yang dimampui.



Ini kemudian akan dapat menyokong mereka menjalani masa-masa tua dengan selesa bersama masyarakat.



Sasaran pemeriksaan fungsi ini ialah warga emas penduduk Singapura berusia 60 tahun ke atas.



Tiada bayaran dikenakan bagi pemegang kad Generasi Perintis (PG), $2 bagi kad Skim Bantuan Kesihatan Masyarakat (Chas) dan $5 bagi semua penduduk lain.



Pemeriksaan Fungsi berbeza daripada pemeriksaan penyakit kronik yang menilai risiko kardiovaskular (seperti kencing manis, kadar kolesterol dan tekanan darah tinggi).



Orang ramai perlu berpuasa sebelum menjalani pemeriksaan penyakit kronik. Bagaimanapun, tidak begitu bagi Pemeriksaan Fungsi.



"Bagi saya, Pemeriksaan Fungsi memastikan penglihatan, pendengaran dan deria rasa tidak mendatangkan masalah bagi saya terus jalani kehidupan bermutu.



"Memanglah saya bukan muda lagi.



"Tapi selagi terdaya saya ingin kekalkan daya penglihatan, pendengaran dan makan dengan selesa," jelasnya.



Menurut Cik Sakilah, beliau masih mampu berjalan pantas seperti mereka yang lebih muda daripadanya.



Setiap hari beliau menaiki MRT - berulang-alik menuju dan pulang dari tempat kerjanya.



Beliau berkata penglibatannya semasa muda dalam sukan seperti bola sepak dan badminton membantunya kekal cergas sehingga ke hari ini.



"Memang saya tidak boleh duduk rumah tanpa melakukan apa-apa.



"Kalau ada yang ajak saya main badminton, insya-Allah saya boleh sertai sama, selagi saya tidak bekerja," katanya yang pernah bergiat dalam bola sepak pada 1970-an.




APA YANG DIPERLUKAN



"Memang setiap kali membaca, Cik perlu pakai cermin mata.



Kalau tidak, memang kurang jelas apa yang dibaca.



Begitu juga semasa makan, perlu ada gigi palsu."



RAIH MANFAAT PEMERIKSAAN



"Bagi saya, Pemeriksaan Fungsi memastikan penglihatan, pendengaran dan deria rasa tidak mendatangkan masalah bagi saya terus jalani kehidupan bermutu.



Memanglah saya bukan muda lagi.



Tapi selagi terdaya saya ingin kekalkan daya penglihatan, pendengaran dan makan dengan selesa."



TERUSKAN HIDUP CERGAS



"Memang saya tidak boleh duduk rumah tanpa melakukan apa-apa.



Kalau ada yang ajak saya main badminton, insya-Allah saya boleh sertai sama, selagi saya tidak bekerja."



- Cik Sakilah Abdul Rahman.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >