Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Peniaga diseru ambil langkah kolektif tingkat wanita dalam tenaga kerja

Persekutuan peniaga bentang 12 saranan dalam kertas kerja, galak kaum Hawa jadi usahawan
Dec 03, 2021 | 05:30 AM



PERSEKUTUAN Perniagaan Singapura (SBF) menyeru masyarakat peniaga agar mengambil langkah secara kolektif bagi meningkatkan wanita dalam tenaga kerja di samping menggalak lebih ramai wanita dalam bidang keusahawanan.



Dalam kertas kerja dibentangkan semalam bertajuk 'Meningkatkan wanita dalam tenaga kerja: Melabur dalam kejayaan wanita di Singapura', badan induk perniagaan itu membentangkan 12 saranan, menurut kenyataan SBF semalam.



Di peringkat syarikat, SBF menyarankan majikan boleh didorong menyokong usaha itu di samping memastikan mereka melaksanakan piawaian tiga perikatan (pemerintah, kesatuan sekerja dan majikan) dalam melaksanakan pengimbangan kehidupan dan kerja, aturan kerja fleksibel dan cuti tidak berbayar bagi memenuhi keperluan keluarga.



Di peringkat sistem eko, SBF menggalak pelaksanaan program kembali bekerja berdasarkan sektor serta memperkenalkan rangkaian sokongan bagi membantu wanita kembali bekerja.



Dalam bidang keusahawanan, SBF juga menyarankan rangkaian sokongan dan bimbingan bagi memperkasa wanita.



Dengan 2021 merupakan Tahun Meraikan Waita SG, kertas kerja itu menyokong usaha negara bagi memastikan wanita mencapai potensi penuh mereka.



Saranan-saranan itu diperolehi hasil tinjauan dan kajian dijalankan antara September dengan bulan lalu terhadap 1,140 individu dan 116 pemimpin perniagaan daripada peringkat perniagaan, dewan dan persatuan perniagaan, agensi pemerintah dan kesatuan sekerja.



"Wanita menghadapi cabaran yang unik dan sering kali menjadi yang pertama ditujui jika keperluan menjaga keluarga timbul. Sebanyak 63 peratus wanita ditinjau SBF menimbangkan atau berhenti seketika daripada bekerja disebabkan komitmen keluarga.



"Mengiktiraf cabaran unik ini, majikan boleh menyesuaikan rekaan dasar mereka bagi memperkasa wanita agar mereka berjaya,'' jelas SBF.



Ketua pegawai eksekutif SBF, Encik Lam Yi Young, berkata satu pengiktirafan penting terhadap wanita adalah mereka membentuk bakat yang penting dalam memenuhi jurang dan kepelbagaian dalam tempat kerja.



Mengulas, Menteri Negara (Perdagangan dan Perusahaan), Cik Low Yen Ling, berkata:



"Saya mengalu-alukan sumbangan SBF kepada Perbualan mengenai Pembangunan Wanita Singapura, khususnya usaha mereka bekerja sama dengan perniagaan untuk memajukan dan menyokong wanita di tempat kerja.



"Kita perlu membangunkan kemajuan yang telah dicapai dan mengurangkan serta menghapuskan lagi halangan yang boleh menghalang potensi atau kemajuan wanita di tempat kerja.



"Dengan amalan pekerjaan yang adil dan progresif, pemimpin perniagaan boleh membantu wanita berjaya, bukan sahaja sebagai rakan kerja yang saksama, malah sebagai individu berbakat dalam masyarakat.''



Pengarah U SME dan U Women and Family (U WAF) di bawah Kesatuan Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Cik Yeo Wan Ling, berkata kesatuan itu menyokong saranan SBF bagi meningkatkan wanita dalam pasaran buruh.



Sejajar dengan saranan SBF, U WAF dengan kerja sama NTUC LearningHub dan Institut Pekerjaan dan Daya Kerja (e2i) telah melancarkan inisiatif kembali pekerja bagi wanita.



Di bawah inisiatif tersebut, mereka akan dipadankan dengan kerja-kerja yang direka semula yang menyokong keperluan penjagaan keluarga mereka.



Ketika ini, satu pameran kerjaya dalam talian sedang dijalankan yang menawarkan lebih 1,000 kerja kosong bagi wanita yang ingin kembali bekerja. Ia sedang diadakan sehingga 31 Disember ini.



Bagi menyokong mereka, U WAF dan Kawasan Undi Punggol Shore juga memperkenalkan program bimbingan bagi membantu calon pekerja wanita untuk kembali bekerja.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >