Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MASJID AR-RAUDHAH

Peningkatan masjid bererti pendidikan tadika turut dipertingkat

Feb 18, 2022 | 05:30 AM



APABILA kanak-kanak pergi ke sekolah di masjid, mereka terdedah dan mengalami sendiri kehidupan budaya seorang Muslim.



Ada kalanya, kanak-kanak tadika ini dapat mendengar bacaan ayat-ayat Al-Quran dari kelas yang sedang berlangsung di masjid atau melihat jemaah yang pergi ke Masjid Ar-Raudhah untuk solat, selain dari dididik dengan nilai-nilai asas Islam.



"Tadika di masjid menyediakan surah harian, asas dan bacaan doa. Ia menjadi kebiasaan. Oleh itu, kanak-kanak akan dapat "membawa pulang" apa yang telah mereka pelajari dari sekolah.



"Di tadika kami khususnya, kami juga mengadakan pelajaran qiraati harian yang diketuai oleh asatizah bertauliah, atau Skim Pengiktirafan Asatizah (ARS). Menjelang tamat pengajian tadika, kami berharap kebanyakan kanak-kanak itu dapat membaca Al-Quran," kongsi pengetua tadika Masjid Ar-Raudhah, Cik Ruqaiyah Sapuan.



Untuk mencapai matlamat itu, mereka juga memerlukan ibu bapa untuk menyokong pembelajaran anak-anak di rumah.



Cik Ruqaiyah turut berkongsi perancangan tadikanya untuk meraih tanda mutu Akreditasi Rangka Kerja Prasekolah Singapura (SPARK).



Namun, memandangkan ini mengambil masa, katanya:



"Kami secara beransur-ansur menambah baik dan melaksanakan perubahan, mengambil selangkah demi selangkah agar tidak membebankan guru, ibu bapa dan anak-anak,



"Ada ibu bapa yang mengalu-alukan perubahan tersebut walaupun masih ada lagi yang teragak-agak menerima perubahan dan memerlukan masa untuk mereka menerimanya," kata Cik Ruqaiyah.



SPARK ialah rangka kerja jaminan kualiti bagi membantu prasekolah di sini meningkatkan kualiti mereka.



Ia bermatlamat memberi pengiktirafan dan sokongan kepada pemimpin prasekolah dalam usaha mereka untuk menambah baik pengajaran dan pembelajaran, serta proses pentadbiran dan pengurusan dalam meningkatkan perkembangan holistik dan kesejahteraan kanak-kanak.



Menurut Cik Ruqaiyah lagi, tenaga pengajarnya pula datang dari latar belakang yang berbeza tetapi semuanya mempunyai semangat yang sama iaitu mendidik kanak-kanak.



Kelayakan mereka terdiri daripada diploma dalam pengajaran awal kanak-kanak kepada sarjana muda dalam pendidikan awal kanak-kanak. Masing-masing berdedikasi mendidik anak-anak murid mereka.



"Perubahan juga boleh dilakukan kerana semangat yang ada pada setiap guru.



"Pada masa ini, guru mempunyai banyak tanggungjawab dan mereka masih meluangkan masa dan usaha mereka untuk memastikan, mengekalkan dan meningkatkan kualiti sekolah.



"Adalah satu rahmat bagi mana-mana pengetua untuk mempunyai pasukan yang bersatu padu, bekerjasama dan menghormati antara satu sama lain. Dan dengan itu semua, saya amat bersyukur," ujar pengetua yang telah berpengalaman 17 tahun dalam industri ini.



Cik Ruqaiyah turut menambah:



"Kami berharap pada akhir perjalanan tadika mereka, kanak-kanak akan dilengkapi sepenuhnya dengan kemahiran hidup harian dan peluang untuk berjaya dalam semua bidang pembangunan, setelah menetapkan asas yang kukuh untuk perjalanan pendidikan mereka.



"Kami telah menyediakan pengalaman penting untuk kanak-kanak membesar dan berkembang melalui bermain dan interaksi. Kami juga berharap mereka dapat meneruskan kemahiran asas Islam seperti doa dan mengenal serta membaca Al-Quran."



Cik Ruqaiyah juga menjelaskan usaha menaik taraf masjid tidak akan menjejas persekitaran fizikal tadika, sebaliknya tadika dapat lebih dilengkapi dengan peralatan yang lebih baik yang dapat menyokong pembelajaran kanak-kanak dengan lebih baik.




"Perubahan juga boleh dilakukan kerana semangat yang ada pada setiap guru. Pada masa ini, guru mempunyai banyak tanggungjawab dan mereka masih meluangkan masa dan usaha mereka untuk memastikan, mengekalkan dan meningkatkan kualiti sekolah. Adalah satu rahmat bagi mana-mana pengetua untuk mempunyai pasukan yang bersatu padu, bekerjasama dan menghormati antara satu sama lain. Dan dengan itu semua, saya amat bersyukur.''
- Pengetua tadika Masjid Ar-Raudhah, Cik Ruqaiyah Sapuan.




CARA MENYUMBANG



Anda boleh membuat sumbangan untuk Dana Peningkatan Masjid Ar-Raudhah dengan cara-cara berikut:



- Pemindahan bank: OCBC Semasa 501-806368-001



- Cek: Hantarkan cek yang perlu dibayar kepada:



Lembaga Pentadbiran Masjid Ar-Raudhah



Alamat: Masjid Ar-Raudhah, 30, Bukit Batok East Avenue 2, Singapura 659919



- PayNow: UEN: S93MQ0024E



Atau imbas kod QR.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >