Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Pensyarah kolej seni raih inspirasi dari mitos Jepun

Sep 11, 2020 | 05:30 AM



SEBAGAI seorang pensyarah kanan di Maktab Seni Lasalle selama 24 tahun, Encik Salleh Japar, tidak pernah berputus asa dalam minatnya terhadap seni.



Beliau terus berkecimpung dalam bidang seni biarpun ramai mempunyai konotasi negatif terhadap bidang itu.



Kini sebagai seniman mapan, Encik Salleh, 58 tahun, telah menyaksikan banyak perubahan yang baik terhadap pendedahan seni dari masa beliau masih belajar di universiti pada tahun 1990 hingga sekarang.



Bahkan, beliau bersyukur bahawa pelajar dan seniman hari ini mendapat lebih pendedahan, bimbingan dan kesempatan untuk berjaya dalam bidang ini.



Kegigihan Encik Salleh dalam bidang seni diberi pengiktirafan baru-baru ini.



Salah satu karyanya dipilih untuk disertakan dalam pameran Streets of Hope anjuran Majlis Seni Kebangsaan (NAC) dengan kerjasama Lembaga Pelancongan Singapura.



Karyanya menggambarkan sebuah sangkar burung terapung dan origami (lipatan kertas) burung jenjang.



Karyanya dilahirkan daripada mitos Jepun 'senbazuru', mengenai seorang seniman yang melipat origami 1,000 burung jenjang, untuk dipersembakan kepada dewa.



Dalam menghasilkan karyanya , beliau banyak menggunakan motif simbolik seperti sebuah sangkar burung yang terbuka, serta origami burung jenjang.



Motif-motif itu melambangkan 'kurungan' serta 'kebebasan', dan 'harapan' serta 'pemulihan', bergantung kepada anggapan individu.



Menurut beliau, konsep melalui motif-motif tersebut dipilih agar mudah difahami.



"Sebagai seni untuk pameran tempat awam, motif dalam karya ini tidak begitu abstrak atau terlalu 'conceptual'," ujar beliau.



"Saya rasa melalui seni, ini ialah satu wadah untuk berkomunikasi dengan bebas.



"Saya juga rasa seni memberi saya harapan untuk mendekatkan diri secara tidak langsung dengan masyarakat dan juga dengan Pencipta yang telah memberi saya bakat ini," tambah Encik Salleh.



Menurut Encik Salleh, beliau tidak mementingkan pencarian gaya tersendiri ketika membuat karyanya.



Padanya, beliau ingin gaya seni yang lebih fleksibel, yang mengikut keadaan dan trend terkini.



Beliau selesa menggunakan pelbagai unsur seni, termasuk dari segi media dan teknik, katanya.



Selama ini, kebanyakan peluang pameran datang daripada rakan-rakan seniman dan institusi dalam dan luar negara.



"Sebagai seniman, kita juga perlu membina rangkaian yang luas untuk mendapatkan peluang-peluang untuk berkarya dan juga jika ingin meneroka pengalaman seni dengan lebih mendalam," katanya.



Beliau harap karya-karyanya membawa mesej kemanusiaan, sifat-sifat rohani melalui motif dan simbol yang dipilih yang memaparkan peradaban manusia dari segi budaya, seperti kraf tangan tradisional ataupun seni bina.



Selain bertugas seorang pensyarah kanan, Encik Salleh juga seorang pengamal dan pendidik seni yang bertujuan untuk membentuk artis yang berdedikasi, berdisiplin dan berwibawa pada masa depan.



Dengan peranan saya, saya harap saya dapat terus memberi inspirasi kepada karyawan yang muda.



"Saya juga ingin menggalak para karyawan yang muda untuk terus berkarya.



"Dalam bidang ini, tidak ada jalan pintas. Untuk menjadi seniman mampan, ia memerlukan kerja keras, disiplin, IQ dan EQ," nasihat Encik Salleh.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >