SEBAGAI kakitangan concierge, Encik Alfyro Ozaer Al Johary berusaha menyediakan khidmat yang terbaik kepada tetamu yang datang menginap di hotel Parkroyal Collection Marina Bay.
Tugas beliau, antara lain, menyambut tetamu yang datang ke hotel itu dan menjadi tempat rujukan bagi mereka mendapatkan bantuan dan maklumat, termasuk menjawab segala pertanyaan dan menguruskan permohonan serta menyelaraskan rancangan perjalanan.