Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

RINGKAS

Penyanyi Nabila anggap 'haters' sebagai peminat peka

Dec 09, 2021 | 05:30 AM



PENGALAMAN teruk dikecam kerana tidak dapat menyanyi 'live' dengan baik dan kerap pula 'terkucil' (kedengaran sumbang) merupakan peristiwa silam yang pastinya penyanyi Malaysia, Nabila Razali, enggan berulang.



Berkat kegigihan dan kesabarannya menghadiri kelas vokal bagi memperbaiki mutu nyanyiannya, Nabila, 29 tahun, baru-baru ini dipuji ramai pula kerana nyanyian dan persembahannya dalam program MeleTOP baru-baru ini.



Ketika diminta laman Kosmo! agar mengulas mengenai perkara ini, Nabila berkata:



"Sejujurnya saya memang rasa amat gemuruh kerana risau kejadian sama (terkucil) berulang. Bahkan setiap kali naik pentas, automatik rasa gugup memang ada tetapi saya perlu lawan juga.



"Saya cuba perlahan-lahan walaupun ada masa tertentu rasa menggigil. Paling gemuruh sebab itu merupakan pengalaman pertama saya mendendangkan lagu Putus dalam siaran langsung."



Beliau bersyukur banyak komen positif diterimanya meskipun masih ada yang sibuk mengecam.



"Kalau boleh, saya tak mahu ambil pusing sangat sebab memang sudah lumrah sebagai artis terpaksa hadap situasi tersebut.



"Bezanya, dahulu banyak kecaman tetapi sekarang sudah terbalik, komen positif pula menghujani saya. Syukur ramai sudah nampak peningkatan dalam diri saya.



"Selain itu, saya juga setia berpegang dengan prinsip tak hidup dek puji, tak mati dek keji. Semua ini dilakukan untuk majukan kerjaya saya sendiri," jelasnya.



Menurut Nabila lagi, beliau tidak mampu berkata apa-apa kepada mereka yang sengaja mencari silapnya.



"Memang hak mereka untuk membenci saya atau tidak. Sekarang, saya cuba jadikan golongan yang suka mengkritik sebagai sebahagian daripada peminat saya.



"Mungkin kerana mereka sangat prihatin dengan perkembangan kerjaya saya, setiap hari mereka mencari kesalahan," tambahnya, yang bekerjasama dengan penggubah lagu Singapura, Erwin Purnama, yang mencipta lagu Putus buatnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >