SINDIKET penyeludupan rokok mula merubah strategi dengan menggunakan pelabuhan atau pusat pemeriksaan kargo udara sebagai pilihan bagi membawa masuk rokok seludup ke negara ini.
Ini memandangkan langkah pemeriksaan semakin ketat dilaksanakan di kedua-dua pintu masuk menerusi pusat pemeriksaan Tuas dan Woodlands sepanjang tempoh penutupan sempadan bagi membendung penularan Covid-19.