Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MASJID HASANAH

Peranan masjid memartabat bahasa ibunda

Oct 14, 2022 | 05:30 AM



MASJID Hasanah membuka ruang penggunaan bahasa ibunda yang lebih baik dalam kalangan anak-anak remaja daripada pelbagai bangsa.



Pengerusi Masjid Hasanah, Encik Amir Mohamed Ali berkata, melestarikan bahasa ibunda adalah peranan yang perlu disemaikan.



Penggunaan bahasa ibunda untuk pengetahuan agama amat digalakkan.



Dengan kehadiran jemaah yang mengikuti program-program yang diadakan, ia memberi kesempatan kepada jemaah lain untuk bersama-sama ke masjid bagi memakmurkan dan memeriahkan masjid dengan mengikuti program-program yang diadakan, kata beliau.



KULIAH, PENGAJARAN PELBAGAI BAHASA



Bagi mencapai matlamat tersebut, pihak masjid mengusahakan kuliah atau pengajaran dalam pelbagai bahasa ibunda.



Terbaru, Masjid Hasanah melancarkan inisiatif ceramah sempena sambutan Maulidur Rasul 2022 dalam pelbagai bahasa - Melayu, Tamil dan Bangladesh - sekaligus membolehkan masyarakat berbeza bahasa bagi menambah ilmu dan kecintaan terhadap Rasulullah saw.



Masjid Hasanah juga mengadakan kelas mengaji al-Quran kepada para pelajar dari peringkat kanak-kanak hingga dewasa.



Sebagai tunjang perpaduan, Masjid Hasanah ingin mewujudkan sikap tolak ansur dan kasih sayang sesama umat Islam.



Masjid Hasanah turut memulakan pembentukan kariah yang berbilang bahasa bagi memudahkan komunikasi antara pihak masjid dan jemaah yang terdiri daripada para penduduk Teban dan Pandan.



PEMBENTUKAN KARIAH



Tujuan pembentukan kariah ini dilakukan agar Masjid Hasanah dapat bekerjasama dengan ahli kariah dan sama-sama memakmurkan Masjid Hasanah, sekali gus berkumpul menjadi sukarelawan masjid.



Antara kumpulan kariah yang berjaya ditubuhkan ialah Qaryah Pandan terdiri daripada para penduduk di Pandan Gardens, Qaryah Cassia terdiri daripada para pekerja yang tinggal di dormitori Jurong Penjuru serta Qaryah Aflaaq.



Menurut Encik Anamulla Mohamed Ibrahim, salah seorang ahli Kariah Aflaaq, beliau bersama para ahli Qaryah Aflaaq yang lain berbesar hati untuk menyertai kumpulan kariah di Masjid Hasanah kerana mereka ingin bergabung tenaga dalam membantu masyarakat Islam di Singapura.



PERPADUAN BANGSA



Dengan adanya kumpulan kariah ini, ia boleh memupuk kesedaran kepada generasi muda, terutama sekali di kawasan Teban dan Pandan mengenai peri pentingnya bahasa ibunda dan perpaduan bangsa.



Terdapat juga mutiara al-Quran yang menegaskan konsep perpaduan iaitu:



"Sesungguhnya orang-orang beriman itu bersaudara. Maka, damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua-dua saudara kalian itu dan bertakwalah kepada Allah, supaya kalian mendapat rahmat." (Surah al-Hujuraat: 10)




CARA MENYUMBANG



- Paynow ke UEN: S70MQ0042B



- Pindahan wang ke akaun: OCBC 591-070164-001. Isikan di ruang bill reference dengan "wakaf" atau "Infaq". Jika anda inginkan resit, sila isikan borang di www.linktr.ee/hasanahmosque



- Melalui cek kepada "LPM Hasanah". Poskan ke alamat: Masjid Hasanah, 492 Teban Gardens Road, Singapura 608878.



Tuliskan nama, alamat dan nombor telefon di belakang cek



- Untuk pertanyaan, sila hubungi pejabat Masjid Hasanah di talian 6561-7990 Isnin-Jumaat (9 pagi - 5 petang) atau Sabtu dan Ahad (9 pagi - 1 tengah hari).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >