Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Permohonan bagi flat BTO 4 bilik di Rochor dapat sambutan hangat

HDB terima 2,105 permohonan bagi 680 flat empat bilik sehingga 5 petang kelmarin
Nov 20, 2021 | 05:30 AM



PERMINTAAN hangat bagi flat Bina Ikut Tempahan (BTO) di Rochor yang pertama di bawah model perumahan awam lokasi utama (PLH), memang dijangka dengan subsudi tambahan yang ditawarkan untuk membeli flat-flat di sana menjadikannya lebih dimampui, kata pengamat.



Flat tiga dan empat bilik projek River Peaks I & II - masing-masing berharga daripada $409,000 dan $582,000, tidak termasuk geran, sedang ditawarkan oleh Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) dalam tempoh pelancaran flat November ini yang akan dibuka sehingga 23 November.



Kelmarin, HDB berkata sehingga 5 petang, ia telah menerima 2,105 permohonan bagi 680 flat empat bilik dan 215 permohonan bagi 280 flat tiga bilik bagi BTO itu.



Para pengamat yang ditinjau berkata mereka menjangka flat di sana mendapat permohonan hangat.



Ketua Pegawai Eksekutif PropNex Realty, Encik Ismail Gafoor, berkata meskipun peraturan lebih ketat dikenakan di bawah model PLH serta masa lebih lama disiapkan, selama 71 bulan berbanding flat lain yang ditawarkan, tetap akan ada minat yang tinggi terhadap flat di Rochor itu.



Antara syarat membeli dan menjual lebih ketat adalah pemilik harus membayar 6 peratus daripada harga jualan semula atau taksiran, mana lebih tinggi, kepada HDB apabila menjual semula rumah mereka di pasaran terbuka buat kali pertama serta tempoh penginapan minimum (MOP) selama 10 tahun.



"Ini lebih-lebih lagi harganya dianggap agak dimampui, berbanding dengan flat BTO baru ditawarkan di Kallang/Whampoa, yang berharga $511,000 (tidak termasuk geran) bagi flat empat bilik," jelasnya.



Tambah Encik Ismail, projek itu akan menambat hati mereka yang tertarik dengan kehidupan di bandar dan berdekatan dengan pelbagai kemudahan.



Flat BTO tersebut bersebelahan dengan MRT Jalan Besar dan berhampiran dengan stesen MRT Rochor, Bugis dan Little India.



Melahirkan pandangan serupa, Ketua Penyelidikan di ERA Realty, Encik Nicholas Mak, berpendapat:



"Berdasarkan perbandingan harga median flat jualan semula HDB di kawasan pusat dan projek Pinnacle @ Duxton, harga median bagi flat empat bilik BTO Rochor adalah sekitar 32 peratus hingga 36 peratus lebih murah.



"Justeru ini satu sebab mengapa flat empat bilik bagi projek BTO di Rochor akan menjadi sangat poular."



Naib presiden kanan kajian dan analitik OrangeTee & Tie, Cik Christine Sun, berpendapat, peraturan lebih ketat bagi flat BTO di Rochor, tidak mungkin menghambat pembeli.



"Mungkin ada yang suka kehidupan berprestij di kawasan bandar atau untuk menikmati peningkatan harga bagi jangka panjang.



"Ada juga yang suka dengan keunikan model PLH dan mahu memiliki kelebihan menjadi kumpulan perintis pertama memiliki flat PLH," tambahnya.



Mengenai tuntutan agar pemilik membayar 6 peratus daripada harga jualan semula jika dijual semula pertama kali ke pasaran terbuka sebagai pembayaran semula subsidi yang diberikan HDB, para pengamat berkata ini adalah kadar yang sederhana.



Encik Ismail menambah: "Kami berpandangan jumlah ini adalah sederhana memandangkan manfaat yang boleh diraih daripada lokasi ini dan peningkatan modal yang berpotensi.



"Terdapat kemungkinan tinggi bahawa pemilik flat akan mengambil kira jumlah yang harus dibayar semula dalam harga jualan keseluruhan apabila flat itu dijual pada masa depan."



Ini turut disetujui oleh Encik Mak, yang tidak fikir bahawa pembayaran semula 6 peratus itu, akan menghalang pembeli daripada menganggap flat model PLH itu sebagai satu pelaburan.



Kata beliau, tidak ada perbandingan secara langsung bagi pembayaran semula subsidi dengan jenis cukai hartanah lain pasaran perumahan privet.



"Mungkin perbandingan paling hampir ialah Cukai Setem Penjual (SSD), yang di antara 4 peratus dengan 12 peratus," ujarnya.




PERBANDINGAN HARGA BTO ROCHOR DENGAN FLAT DI KAWASAN PUSAT 



1. FLAT 3 BILIK



  • Harga median kawasan pusat: $420,000

  • Harga minimum BTO Rochor: $409,000

  • Harga median BTO Rochor: $441,500

  • Harga maksimum BTO Rochor: $474,000

  • Harga median BTO Rochor adalah 5.1% lebih tinggi daripada harga median kawasan pusat

2. FLAT 4 BILIK



  • Harga median kawasan pusat: $940,000

  • Harga minimum BTO Rochor: $582,000

  • Harga median BTO Rochor: $635,000

  • Harga maksimum BTO Rochor: $688,000

  • Harga median BTO Rochor adalah 32.4% lebih rendah daripada harga median kawasan pusat

SUMBER: HDB, ERA RESEARCH & CONSULTANCY




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >