Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PERDAUS

Bawa keceriaan kepada golongan pendapatan rendah sempena Ramadan, Syawal

Mar 25, 2022 | 05:30 AM



GOLONGAN berpendapatan rendah tidak pernah dilupakan masyarakat Singapura setempat.



Apatah lagi menjelangnya Ramadan dan Syawal.



Pada masa ini jugalah pertubuhan seperti Perdaus membawa sedikit keceriaan kepada mereka yang berpendapatan rendah sempena Ramadan dan Syawal yang akan datang.



Menerusi Projek Food Aid, Perdaus menyasarkan sekitar 200 keluarga berpendapatan rendah yang merupakan penerima bantuan Masjid Omar Kampong Melaka, Perdaus, selain mereka yang menerima bantuan kelab-kelab Masyarakat Fengshan dan Hong Kah North, akan menerima baucar pasar raya selain kuih Hari Raya bernilai $100 setiap satu.



Selain itu, sebanyak 65 beg cendera hati akan diagih kepada sebuah rumah kebajikan kanak-kanak dan seramai 200 pekerja asing di dormitori akan menerima sajian ringan hasil kerjasama Perdaus dengan Gabungan Sokongan Pekerja Asing Covid-19 (CMSC).



Dalam jawapan bertulisnya kepada Berita Harian, Pegawai Eksekutif (Komunikasi Korporat dan Pemasaran) Perdaus, Cik Khatim Hamidon, berkata sasaran Projek Food Aid tahun ini adalah sebanyak $40,000.



"Bagi keluarga yang berpendapatan rendah, kami berharap dapat meringankan sedikit beban yang dihadapi mereka, selain menambah keceriaan dalam menyambut Ramadan disusuli Syawal.



"Kami juga tidak lupa membawa keceriaan musim Ramadan dan Syawal kepada pekerja migran di sini.



"Mereka telah mengalirkan keringat dalam usaha membangunkan bersama negara ini. Sebagai masyarakat yang ambil peduli, kami akan terus hulurkan bantuan," tambahnya.



Menurut Cik Khatim, pihaknya telah menganjurkan Projek Food Aid sejak 2011.



Ia juga diadakan dengan hasrat menambah pengalaman pembelajaran kepada pelajar Perdaus agar mereka dapat terus menghayati makna di sebalik amalan memberi.



"Kami juga berharap timbul dalam diri mereka sifat bertanggungjawab dalam menyumbang kepada masyarakat," jelasnya lagi.



Sebagai sebuah badan agama dan penyedia pendidikan, Perdaus menerima zakat harta, wakaf dan derma masyarakat dengan harapan dana ini dapat mendukung Perdaus dalam meneruskan visi membina masyarakat yang beriman.



Melalui jabatan pendidikan agama Imad Perdaus, ia menyediakan pendidikan agama mingguan untuk peringkat umur yang berbeza-beza, termasuk untuk kanak-kanak, belia dan orang dewasa.



Ini termasuk juga program mingguan Madrasah Perdaus, program sijil belia serta kelas fardu ain dan siri Tafsir Kontemporari bagi peserta dewasa.



Perdaus mengalu-alukan kehadiran masyarakat ke pelbagai sesi perkongsian dan pendekatan yang berlangsung secara dalam talian menerusi Zoom sempena Ramadan.



Sesi perkongsian tersebut mengetengahkan topik agama, keluarga dan semasa, selain program-program dan kempen pengumpulan dana.




MAKLUMAT LANJUT DAN DERMA



MAKLUMAT LANJUT



Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang program-program Perdaus, sila ke laman Perdaus di:



DERMA



  • Menderma kepada Pengumpulan Dana Ramadan:

- lungsuri laman perdaus.org.sg



  • Menderma kepada Projek Food Aid:

- lungsuri giving.sg/perdaus/foodaid2022



  • Menderma kepada tabung umum Perdaus:

- S91SS0031JQRB




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >