Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: TOKOH NIAGA BERJIWA MASYARAKAT

Perkasa penyertaan kaum wanita dalam sektor kewangan

Ketua pegawai operasi dan maklumat AMTD Digital turut lancar program 'HeForShe Networks' yang galak kaum Adam sokong wanita dalam apa jua bidang diceburi
Sep 28, 2021 | 05:30 AM



MELIHAT kaum wanita yang masih tidak mempunyai akses kepada kemudahan bank dan kewangan terutama di negara-negara dunia ketiga mencetuskan keprihatinan kepada Encik Osman Ershad Faiz, mantan ketua pegawai operasi (COO) Standard Chartered Bank Singapura yang kini ketua pegawai operasi dan maklumat (CIOO) syarikat digital bersepadu AMTD Digital.



Ketidaksamarataan jantina yang tidak memberikan peluang serupa kepada kaum Hawa mendorong anak kelahiran Bangladesh yang kini penduduk tetap (PR) Singapura ini melibatkan diri dalam beberapa inisiatif bagi memperkasa wanita di Singapura dan luar negara terutama dalam memastikan mereka mempunyai peluang sama rata dalam bekerja di sektor kewangan.



Beliau melancarkan program HeForShe Networks di Singapura pada 2018 dan di Bangladesh pada tahun berikutnya. Ia merupakan sebuah inisiatif Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menggalak kaum Adam tampil menyokong wanita dalam apa jua bidang diceburi.



Di Singapura, inisiatif itu telah menarik lebih 200 pemimpin syarikat memberikan komitmen untuk membantu ratusan eksekutif wanita mencapai matlamat profesional dan peribadi mereka.



Beliau juga menjadi penaja bagi inisiatif 'Wanita Dalam Teknologi Kewangan (FinTech)' yang menawarkan para pelajar dalam tahun akhir pengajian lawatan dan peluang bekerja sambil belajar di firma-firma FinTech dan menghubungkan mereka dengan wanita lain dalam bidang teknologi.



"Sejak beberapa tahun lalu, saya telah membimbing lebih 50 wanita dari jawatan bawah hingga pertengahan dan berbangga melihat mereka menjawat jawatan kepimpinan kanan dalam industri perbankan dan FinTech. Wanita-wanita ini kemudian menjadi model contoh dan pembimbing kepada wanita lain,'' kata Encik Osman, yang telah bekerja di Singapura sejak 2005, dalam temu ramah bersama Berita Harian (BH).



Banker yang mempunyai pengalaman selama 25 tahun itu dicalonkan sebagai Pejuang Bagi Wanita dalam Senarai Eksekutif 35 Pejuang (HERoes Top 35 Advocate Executives), sebuah inisiatif sejagat oleh INvolve-The Inclusion People dan Yahoo Finance, baru-baru ini.



Ini merupakan empat tahun berturut-turut beliau dicalonkan dalam kalangan ketua syarikat sejagat yang mendorong pemerkasaan wanita.



Beliau bekerja di AMTD Digital, sebuah syarikat beribu pejabat di Singapura yang menyepadukan wadah digital bagi AMTD Group, sebuah konglomerat khidmat kewangan di Asia.



"Selain menjadikan tempat kerja yang inklusif bagi kaum Hawa, saya juga amat prihatin untuk meningkatkan penyertaan mereka, khususnya wanita, yang belum mempunyai akses terhadap khidmat perbankan di negara-negara Asia Tenggara.



"Bank Dunia meramalkan terdapat lebih 1 bilion penduduk di Asia yang tidak mempunyai akses kepada khidmat kewangan. Di peringkat sejagat, 56 peratus wanita tidak mempunyai akaun kewangan,'' ujar Encik Osman.



Sehingga 2019, lebih 70 peratus orang dewasa di Asia Tenggara tidak mempunyai akses bank, dengan wanita merangkumi lebih 60 peratus.



"Penyertaan kewangan melalui teknologi perbankan digital boleh menjadi penggerak utama dalam mengurangkan kemiskinan,'' tambahnya, sambil berkata ia boleh menggalak mereka menjadi peniaga kecil-kecilan.



Ibunya, Cik Syeda Razia Faiz, merupakan wanita pertama yang dilantik dalam Parlimen Bangladesh pada 1979.



Pencapaian ibunya itu menjadi semangat bagi beliau untuk meningkatkan martabat wanita dalam bidang kewangan.



Sejak tinggal di Singapura, beliau dan isterinya turut menyumbang dalam membantu warga Bangladesh di sini.



Sementara isterinya membuat juadah berbuka semasa Ramadan, beliau bekerja sama dengan Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dan beberapa institusi kewangan untuk menyediakan khidmat pembayaran bagi membolehkan para pekerja migran menghantar duit mereka dengan selamat ke negara masing-masing.



Beliau turut menjadi relawan sebuah pertubuhan bukan mencari untung, Transient Workers Count Too (TWC2), untuk memastikan layanan yang saksama diberikan kepada para pekerja migran.




"Selain menjadikan tempat kerja yang inklusif bagi kaum Hawa, saya juga amat prihatin untuk meningkatkan penyertaan mereka, khususnya wanita, yang belum mempunyai akses terhadap khidmat perbankan di negara-negara Asia Tenggara... "Bank Dunia meramalkan terdapat lebih 1 bilion penduduk di Asia yang tidak mempunyai akses kepada khidmat kewangan. Di peringkat sejagat, 56 peratus wanita tidak mempunyai akaun kewangan... Penyertaan kewangan melalui teknologi perbankan digital boleh menjadi penggerak utama dalam mengurangkan kemiskinan."
- Encik Osman Ershad Faiz.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >