Subuh
5:58
Syuruk
7:16
Zuhur
1:20
Asar
4:35
Maghrib
7:21
Isyak
8:31
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

JAMIYAH

Perkenal Portal Derma agar urusan pendermaan dipermudah

Apr 01, 2022 | 05:30 AM



SEJAK ditubuhkan pada 1932, Jamiyah Singapura telah banyak menyumbang kepada pembangunan negara menerusi usaha dakwah, pendidikan, kemanusiaan, sosial, kebajikan, rehabilitasi dan acara amal untuk membantu masyarakat yang memerlukan. Perkembangan Jamiyah Singapura dilihat semakin aktif sejak di bawah naungan Mantan Presiden, Almarhum Abu Bakar Maidin.



Di bawah kepimpinan beliau, pelbagai daya usaha serta hubungan Jamiyah bersama masyarakat, pertubuhan bukan Islam dan pemerintah telah dijalin.



Jamiyah Singapura menyambut ulang tahunnya yang ke-90 tahun ini.



Badan ini telah meneruskan legasi Almarhum Abu Bakar, dibawah kepimpinan Datuk Dr Mohd Hasbi Abu Bakar, demi meningkatkan lagi usaha Jamiyah bagi membantu masyarakat.



Malah pada 2022, Jamiyah Singapura telah memperbaharui usaha serta daya usaha baru dalam suasana konteks masyarakat digital.



Salah satu pendekatan Jamiyah Singapura untuk meraih sokongan daripada masyarakat Islam Singapura adalah sumbangan dana.



Dalam suasana masyarakat media sosial dan digital pada zaman ini, Jamiyah Singapura telah memperkenal daya usaha baru agar masyarakat Islam dapat menyumbang dengan lebih cepat, selesa dan mudah.



Portal Derma Jamiyah Singapura telah dilancarkan untuk membantu anggota masyarakat menderma secara digital dan tidak perlu ke Jamiyah Singapura lagi. Jamiyah Singapura senantiasa memastikan perkhidmatannya kekal relevan, inovatif dan progresif demi menepati keperluan masyarakat kini.



Mengongsi daya usaha ini, Setiausaha Agung dan Ketua Pegawai Operasi Jamiyah Singapura, Encik Jaffar Mydin, berkata:



"Alhamdulillah, sebagaimana yang kita maklum, sudah 90 tahun penderma berada bersama kami untuk membantu dan menyokong kerja dakwah dan kemasyarakatan Jamiyah. Dan bayangkan agaknya umur seorang penderma mapan sudah lanjut usia. Namun, mereka masih datang ke pejabat Jamiyah untuk memberi sokongan. Dan proses bagi melancarkan Portal Derma ini memerlukan fasa-fasa terperinci agar penderma yang mapan dan terkini dapat disatukan dengan menggunakan wadah yang disediakan. Dan semestinya konsep Portal ini cepat, mudah dan selesa."



Tambahnya: "Dalam masa yang sama, kami juga membuka peluang mengajak masyarakat Islam agar mengeluarkan zakat harta mereka sewaktu Ramadan ini bersama Jamiyah. Sumbangan zakat daripada masyarakat Islam dari sejak kami diasaskan telah dapat mengembangkan segala usaha awal Jamiyah hingga ke hari ini.



Pelbagai manfaat untuk golongan asnaf telah dapat kami bantu melalui program dan projek di serata Singapura. Malah, Portal Derma yang kami lancarkan juga mempunyai fungsi pembayaran zakat untuk memudahkan lagi masyarakat Islam menyokong dan membantu kami meneruskan legasi pengasas Jamiyah Singapura dan tahun-tahun akan datang."



Tahun ini, Jamiyah Singapura juga melancarkan Derma Portal Mengejar Lailatul Qadar. Penderma boleh layari laman: https://forms. jamiyah.org.sg/donation atau imbas Kod QR yang tertera di sini dan terus ke tab Chasing Lailatul Qadar, atau Mengejar Lailatul Qadar. Penderma boleh menyumbang setiap hari mulai 1 Ramadan hingga akhir Ramadan untuk mengejar amalan Lailatul Qadar.



Penderma boleh menyumbang seberapa yang diinginkan setiap hari dan melalui wadah ini, mereka boleh meraih ganjaran pahala membantu Jamiyah Singapura sempena mengejar Lailatul Qadar.



Kepada mereka yang ingin menderma Iftar Bento atau Meat for Eid, boleh kunjungi laman https://forms. jamiyah.org.sg/foodbank-donation dan boleh membuat sumbangan. Bank Makanan Jamiyah juga menerima makanan keperluan asas seperti beras, gula, minyak masak, mi segera dan lain-lain.



Lagi-lagi menjelang Ramadan ini, ramai penerima bantuan Jamiyah Singapura juga ingin menyiapkan keperluan berpuasa. Orang ramai boleh menderma melalui laman yang sama.



"Masyarakat Islam sejak awal lagi telah memainkan peranan penting menyokong dan membantu usaha Jamiyah Singapura. Kini, giliran anak cucu mereka untuk meneruskan sokongan kepada Jamiyah Singapura. Disebabkan itu, kami perlu dan mesti kekal relevan, progresif dan terbuka kepada perubahan zaman dan konteks masyarakat masa kini.



"Namun, prinsip Jamiyah Singapura untuk membantu masyarakat yang memerlukan dari aspek pendidikan, sosial dan dakwah masih sama. Semoga sambutan 90 tahun kali ini membawa makna untuk kami melangkah terus dengan lebih gigih berusaha membantu masyarakat.



"Saya berharap pembaca rencana ini dapat bantu menguar-uarkan wadah derma dan zakat yang telah kami sediakan lebih-lebih lagi dalam kedatangan bulan Ramadan. Semoga segalanya membawa keberkahan," ujar Encik Jaffar.




SOKONG USAHA JAMIYAH



Anda boleh membantu dan menyokong usaha Jamiyah Singapura melalui:



  • Jamiyah, 31 Lorong 12 Geylang Singapura 399006

  • Talian: 6743-1211

  • E-mel: info@jamiyah.org.sg

  • Facebook: @jamiyahsg

  • Instagram: @jamiyahsg




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >