Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

MEMPERINGATI 2 DEKAD PENANGKAPAN JI DI S’PURA

Isteri yang tak pernah bekerja pikul tanggungjawab apabila suami ditahan

Dec 05, 2021 | 05:30 AM



PERKONGSIAN ISTERI ANGGOTA JEMAAH ISLAMIYAH DALAM TAHANAN



SELEPAS suaminya ditahan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) pada 2002, Cik Sarah (bukan nama sebenar) yang tidak pernah bekerja terpaksa pikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga dan menjadi tunggak kekuatan buat keluarganya, khususnya buat anak-anak.



"Waktu itu amat mencabar bagi semua orang - bagi suami saya yang tidak dapat menjaga keluarganya, dan bagi saya yang bimbang tentang keadaan kewangan keluarga serta bagi anak-anak yang semuanya masih kecil ketika itu," ujarnya sambil menambah, dia terkejut dan bingung, dengan banyak soalan bermain di fikiran.



Meskipun amat mencabar pada awalnya, Cik Sarah yang berusia awal 60-an tahun berkata dia bersyukur mendapat sokongan daripada keluarganya, pegawai ISD, Kumpulan Jagaan Lanjut Antara Agensi (ACG) serta masyarakat yang membantu dia dan keluarganya bangkit semula.



Tambahnya, sokongan yang dihulurkan itu telah membolehkannya terus hadir dalam kehidupan anak-anaknya dan memastikan mereka dapat membesar dengan baik.



Malah, dia juga mendapat peluang mempertingkat dirinya dan mengambil alih peranan sebagai satu-satunya pencari nafkah keluarganya hingga suaminya dibebaskan.



Sedang dia dan anak-anak mendapat banyak sokongan daripada keluarga, masyarakat dan ISD, Cik Sarah juga setia memberi sokongan kepada suami semasa dalam penahanan untuk membantu dengan proses pemulihannya.



"Walaupun dia terlibat dengan Jemaah Islamiyah (JI), dia tetap suami yang baik dan bertanggungjawab. Oleh itu, saya memberinya sokongan... dan melawatnya setiap minggu.



"Anak-anak kami juga menulis surat kepadanya tentang perkembangan hidup mereka dan membawa kerja seni yang mereka lakukan untuk ditunjukkan kepadanya semasa mereka melawatnya.



"Saya bertekad ingin memastikan dia terus hadir dalam kehidupan anak-anak kami dan saya jelas memberitahunya bahawa kami akan memberinya sokongan penuh sepanjang dia menjalani pemulihan, dan kami menantikan hari dia dibebaskan," ujarnya.



Sokongan kukuh yang diberi Cik Sarah dan anak-anaknya itu bukan sahaja mengukuhkan hubungan antara bapa dengan anak, malah mendorong suaminya agar kekal fokus pada pemulihan.



Kini, suaminya telah dibebaskan dan anak-anak mereka sudah besar, dengan anak bongsu mereka bakal melangkah ke menara gading tahun depan.



"Kami berjaya bangkit lebih kukuh dan rapat daripada peristiwa ini, dan ini tidak mungkin berhasil tanpa sokongan daripada semua pihak," kata Cik Sarah.




"Walaupun dia terlibat dengan JI, dia tetap suami yang baik dan bertanggungjawab. Oleh itu, saya memberinya sokongan... dan melawatnya setiap minggu.

Anak-anak kami juga menulis surat kepadanya tentang perkembangan hidup mereka dan membawa kerja seni yang mereka lakukan untuk ditunjukkan kepadanya semasa mereka melawatnya.''

- Cik Sarah (bukan nama sebenar).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >