Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

SEDUTAN UCAPAN MENTERI NEGARA (EHWAL DALAM NEGERI MERANGKAP KEMAMPANAN DAN SEKITARAN) ENCIK DESMOND TAN DI FORUM OLIVE TREE MENGENAI SALAH MAKLUMAT

Perkukuh benteng penyebaran maklumat palsu

Nov 30, 2021 | 05:30 AM



KESALAHAN MAKLUMAT - KESAN TERHADAP NEGARA DAN MASYARAKAT



SAYA sungguh gembira kembali bercakap dengan anda semua dan ingin mengucapkan terima kasih kepada Humanity Matters kerana terus memperjuangkan isu perkauman dan agama di Singapura. Ia sesuatu yang sangat bermakna dalam diri kita, nilai dan kewujudan kita.



Hari ini, kita mempunyai topik menarik yang bukan sahaja bercakap mengenai perkauman dan keharmonian agama tetapi bagaimana cara maklumat disebar boleh menyebabkan atau memperbaiki keharmonian kaum dan agama di sini.



  •  Maklumat palsu dalam masyarakat moden

Saya rasa ramai yang tahu akan salah memberi maklumat iaitu berita palsu atau maklumat palsu dan ini berlaku setiap hari.



Kami memerhatikan hal ini berlaku dalam pelbagai topik termasuk penjagaan kesihatan, ekonomi, hubungan antarabangsa dan juga politik domestik.



Maklumat palsu juga boleh berlaku menerusi pelbagai cara seperti kecuaian atau kejahilan ataupun dengan sengaja.



Namun hari ini, kita akan bincangkan sesuatu yang lebih serius. Kita akan bincang maklumat palsu yang dicipta dan disebar untuk menipu.



Jadi perbezaan utama di sini adalah niat, mengenai maklumat palsu yang individu sebarkan, dengan menyangka ia benar.



Tetapi, maklumat salah yang diberikan daripada seseorang yang tahu akan kebenaran tersebut mempunyai niat untuk menipu.



Ini boleh mendatangkan kesan buruk kepada negara, organisasi dan individu.



Konsep maklumat palsu bukan perkara baru.



Misalnya, sekitar 2,000 tahun lalu, ketika perang saudara Rome antara Augustus Caesar dan Mark Antony.



Augustus telah melancarkan kempen berdasarkan maklumat palsu terhadap Antony, untuk mendapatkan sokongan orang awam.



Beliau mendakwa bahawa Antony sebenarnya tidak layak menjadi pemimpin akibat hubungan percintaan bersama Cleopatra.



Agustus menyebarkan maklumat itu kepada orang ramai melalui puisi dan slogan yang terukir di syiling yang digunakan penduduk.



Akhirnya, Antony dipecat oleh Senat untuk memimpin askar Rome dan menamakannya sebagai pengkhianat.



Augustus menjadi popular dan mendapat kepercayaan orang ramai dan menjadi maharaja pertama di Rome.



Kini, kembali melihat semula abad ke-20, di mana terdapat pelbagai bentuk media baru seperti televisyen, akhbar dan radio, ia menjadi lebih mudah untuk mengakses maklumat kepada orang awam.



Misalnya, ketika perang dingin pada 1983, Soviet melancarkan maklumat palsu mengenai penyakit Aids dan menyebarkannya melalui akhbar, televisyen, radio dan bentuk media lain, bahawa Aids sebenarnya adalah hasil produk eksperimen tentera rahsia Amerika Syarikat.



Kempen itu sangat berkesan dan ia menyemai perpecahan di kalangan rakyat Amerika, termasuk orang lain di seluruh dunia, yang mula percaya bahawa pemerintah Amerika bertanggungjawab menyebabkan penyakit Aids.



Pada masa kini pula, Internet dan media sosial seperti yang ditunjukkan dalam video tadi adalah wadah utama dalam kempen maklumat palsu.



Teknologi telah membenarkan maklumat palsu digunakan sebagai 'senjata'.



Mereka yang berniat jahat boleh menggunakan pelbagai peralatan seperti bot, mengeksploitasi algoritma dalam talian supaya dapat menjangkau maklumat palsu kepada lebih orang dalam talian.



Mereka juga boleh memanipulasi untuk mencipta video dan audio palsu orang berkata atau melakukan perkara yang tidak berlaku.



Dalam beberapa kes, terdapat 'deepfakes' iaitu maklumat palsu yang diedit untuk kelihatan sangat realistik. Ia sangat murah dan mudah untuk menyebarkan kandungan palsu.



Ia juga dilaporkan semasa Pilihan Raya Amerika pada 2016, sebanyak AS$100,000 ($137,000) dibelanja dalam iklan untuk mencapai 126 juta pengguna Facebook.



  • Penyerang maklumat palsu dan objektif mereka

Golongan ini mempunyai beberapa objektif. Dengan kaedah kos rendah dan mesra pengguna ini, sesiapa sahaja boleh mengeksploitasi wadah digital dari negeri ke organisasi dan juga kepada individu.



Misalnya, sebuah negeri boleh melancarkan kempen dengan maklumat yang menggugat kestabilan musuh mereka. Satu negeri ke satu negeri yang lain.



Menurut Institut Internet Oxford, 81 negara telah menggunakan media sosial dan kempen maklumat palsu untuk memanipulasi pendapat umum mengenai politik.



Laporan itu mengenal pasti wadah hasutan maya (troll) di Nigeria yang disyaki mempunyai kaitan dengan Agensi Penyelidikan Russia, yang menyasarkan Amerika dan United Kingdom, dalam penyebaran konspirasi sekitar isu sosial untuk menyebabkan polarisasi dalam talian.



Organisasi pengganas juga telah menggunakan Internet untuk menjadikan orang ramai radikal di seluruh dunia.



Contohnya, pada 2017, ISIS memuat naik video di media sosial memaparkan pejuang radikal warga Singapura di Syria dan menyeru penonton memilih keganasan.



Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) terpaksa mengeluarkan kenyataan bagi membuktikan kepalsuan dalam video tersebut.



BAHAYA DAN CABARAN NEGARA DAN PEMERINTAH



  • Cabaran

Maklumat palsu ancaman yang merosakkan kerana apabila ia disebarkan, ada kemungkinan ia mengalahkan fakta yang benar dalam ruang tersebut.



Maklumat palsu disensasikan dan menjadi umpan untuk orang menyebarkan kepalsuan itu kepada kalangan sosial kecil mereka.



Satu kajian MIT pada 2018 mendapati bahawa maklumat palsu adalah 70 peratus lebih berkemungkinan dikongsi semula di Twitter, berbanding kebenaran.



Di samping itu, kajian menunjukkan bahawa walaupun ia telah dibetulkan, orang lebih cenderung menolak pembetulan yang tidak konsisten dengan pandangan mereka.



Pembetulan ini juga mungkin tidak akan mencapai golongan orang yang telah terdedah kepada maklumat palsu pada awalnya.



  • Bahaya

Kesalahan maklumat sebegini boleh melemahkan masyarakat dalam beberapa cara.



Pertama, ia boleh menguatkan rasa tidak percaya, rasa dendam, malah takut pada pemerintah, institusi dan dalam kalangan warga negara sendiri.



Daripada video yang kita tonton awal tadi - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah membentangkan ciri-ciri penyebaran maklumat dan salah maklumat yang tidak pernah berlaku sebelum ini sewaktu krisis kesihatan Covid-19 sebagai sesuatu 'infodemik'.



Kajian menunjukkan salah maklumat telah menyebabkan kekeliruan dan membawa pada penduduk di negara lain menolak vaksin Covid-19, menolak nasihat kesihatan awam dan langkah seperti menggunakan pelitup dan mengamalkan jarak fizikal serta menggunakan teknik rawatan yang belum terbukti.



Penyelidikan juga menunjukkan bahawa terdedah pada maklumat salah yang banyak boleh membuat orang ramai berhenti daripada mempercayai fakta dan mengurangkan keterlibatan dalam wacana awam.



Kedua, ia boleh menghakis proses demokratik. Kepalsuan boleh mengalihkan tabiat mengundi dan menimbulkan kesangsian terhadap kepengesahan hasil pilihan raya. Di ambang rusuhan Capitol di Amerika, Encik Donald Trump dan penyokongnya membuat dakwaan tidak berasas bahawa pihak Demokrat cuba "mencuri pilihan raya" dan identiti individu yang meninggal digunakan untuk membuang undi.



Usaha menyebar maklumat yang salah seperti ini bagi menarik balik kuasa proses pilihan raya berkesan dalam kalangan penyokong Encik Trump - pelbagai tinjauan dikendalikan di Amerika mengusulkan sekitar 70 hingga 80 peratus Republikan mempercayai bahawa pilihan raya itu merupakan satu penipuan.



Akhir sekali, ia boleh merosakkan perpaduan sosial dengan memperalat garis perbezaan sensitif atau lebih mengakar pandangan ekstrem yang akan mempolarisasi atau melumpuhkan masyarakat.



Dan bagi masyarakat berbilang budaya dan terbuka seperti Singapura, ia tentunya membawa bahaya yang kita harus jaga secara berhati-hati.



  • Kerentanan Singapura pada maklumat salah

Singapura amat terdedah pada maklumat salah. Syarikat kajian pemasaran Ipsos mengendalikan tinjauan pada 2018 dan mendapati 91 peratus responden warga Singapura secara silap mengenal pasti satu atau lebih kenyataan palsu sebagai kandungan yang benar dan boleh dipercayai walaupun hampir 80 peratus berkata mereka agak dapat atau sangat yakin mampu mengesan sebarang berita palsu. Institut Kajian Dasar (IPS) menjalankan tinjauan pada 2020 dan mendapati kurang sepertiga daripada responden berjaya mengenal pasti "laporan berita" yang telah dimanipulasi. Kurang dari sepertiga.



Hasil daripada tinjauan ini membimbangkan. Di Singapura, kita telah mengalami Kempen Maklumat Bermusuhan yang bertujuan mengganggu kedudukan dasar luar Singapura.



Pada Disember 2018, apabila isu dua hala dengan jiran terdekat merupakan berita paling utama, kita mendapati peningkatan yang membuat kita ingin tahu dari segi komen dalam talian dan wadah media sosial yang dihasilkan daripada akaun avatar.



Ini adalah akaun tidak bernama dengan gambar profil yang tidak menunjukkan wajah pemilik akaun.



Kebanyakan komen ini sangat kritikal terhadap Singapura. Sedang kita tidak tahu siapakah di sebalik akaun yang mencurigakan ini dan sama ada mereka diselaraskan pelaksana asing, jelas bahawa akaun sedemikian berusaha mewujudkan gambaran tiruan kepada warganet pembangkang terhadap kedudukan Singapura, pada masa kesukaran hubungan dua hala yang dipertingkat.



Ini menunjukkan bagaimana pelaksana asing boleh masuk campur dalam politik Singapura menerusi kempen dalam talian dan maklumat palsu.



Jawatankuasa Pilihan Mengenai Kepalsuan Dalam Talian yang Disengajakan juga menyediakan bukti meluas yang memberi gambaran bahawa maklumat salah yang berkaitan dengan negara asing sudah berlaku di Singapura.



Dr Gulizar Haciyakupoglu dari Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam menjelaskan beberapa penanda perang maklumat dijalankan bagi menentang Singapura termasuk sebuah negara menggunakan laporan berita dan media sosial untuk mempengaruhi minda satu segmen penduduk Singapura dan bagi membolehkan secara undang-undang tindakan negara dalam lingkungan antarabangsa.



(Ketua Pusat Kecemerlangan bagi Keselamatan Nasional), Dr Shashi (Jayakumar), juga adalah perwakilan daripada jawatankuasa itu dan telah berkongsi pandangannya mengenai kempen kesilapan maklumat yang biasanya terselindung dan kumulatif. Saya yakin kita akan dengar banyak lagi daripada beliau kelak.



Laporan oleh jawatankuasa ini menyatukan pemahaman yang dikongsi bersama mengenai masalah ini dan mengusulkan pendekatan buat Singapura dalam membanteras kepalsuan dalam talian yang disengajakan.



Jawatankuasa ini juga mendapati campur tangan pemerintah termasuk menerusi penguatkuasaan undang-undang adalah perlu untuk menggendalakan kepalsuan dalam talian.



Justeru, bagaimana negara serata dunia memberi tindak balas dalam menangani penyebaran maklumat yang salah?



RESPONS BEBERAPA NEGARA DALAM MENANGANI MAKLUMAT SALAH



  • Pendekatan negara lain

Kami tahu tiada huraian yang sempurna dan langkah yang diambil beberapa negara perlu mengikut konteks norma negara berkenaan. Negara lain telah membangun bermacam cara untuk cuba menangani ancaman ini. Izinkan saya berkongsi beberapa cara yang dilakukan dengan anda.



Sebagai contoh, Jerman dan Perancis telah mengenalkan undang-undang bagi memperkasa pihak berkuasa untuk bertindak menentang kepalsuan dalam talian.



Akta Penguatkuasaan Rangkaian Jerman yang diperkenalkan pada 2017 memerlukan rangkaian sosial besar bagi menurunkan kandungan haram yang termasuk ucapan berbaur kebencian dan fitnah, dalam masa 24 jam ia dilaporkan oleh pengguna.



Undang-undang Manipulasi Maklumat Perancis menyediakan ruang buat hakim mengeluarkan arahan kepada platform yang terbabit dalam tempoh 48 jam untuk membuang kandungan atau mengenakan blok pada akses kandungan itu atau mengalihkan rujukannya daripada enjin pencari.



Kuasa sedemikian mengenakan sasaran pada penularan maklumat yang salah sewaktu tempoh pilihan raya dan perambatan tiruan menerusi 'bot' (program sofwe yang meniru atau menggantikan tabiat pengguna manusia) dan kandungan berbayar lain.



United Kingdom kini sedang mempertimbangkan menambah kebertanggungjawaban wadah dalam talian. Ia mengusulkan Rang Undang-Undang Keselamatan Dalam Talian yang mengenakan kanun jagaan bagi syarikat dalam talian yang meluas untuk mengurangkan penularan maklumat silap yang mengelirukan lagi berbahaya termasuk mengurangkan darjah penglihatan kandungan yang berbalah dengan memanfaatkan khidmat pemeriksaan fakta yang bereputasi baik.



  • Pendekatan Singapura

Di Singapura, kita memperkenalkan Akta Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi Dalam Talian (Pofma) pada 2019.



Sejak penggubalannya, kita telah menggunakan Pofma bagi memaparkan kepalsuan seperti dakwaan bahawa pemerintah menyebelahi warga asing daripada warga setempat, pengurusan dana awam yang salah atau pihak polis menyalahgunakan kuasa mereka.



Kisah palsu sebegini boleh menggalak sakit hati dan permusuhan antara pelbagai kumpulan di Singapura dan menghakis kepercayaan terhadap institusi awam kita.



Yang terkini, kita telah mengeluarkan beberapa arahan pembetulan ke atas kepalsuan fakta berkaitan dengan Covid-19.



Bulan lalu, Kementerian Kesihatan telah mengeluarkan arahan pembetulan terhadap laman Truth Warriors yang membuat dakwaan palsu mengenai keberkesanan vaksin Covid-19 dan keselamatan dan keberkesanan ivermectin dalam mencegah dan merawat Covid-19.



Kami juga baru-baru ini meluluskan Akta Undang-Undang Campur Tangan Asing (Langkah Tindak Balas) yang memperkukuh kebolehan kita dalam mencegah, mengesan dan menjejas langkah masuk campur asing dalam politik domestik yang dijalankan menerusi Kempen Maklumat Bermusuhan dalam talian, yang boleh melibatkan operasi maklumat yang silap di tangan pihak asing.



Justeru, secara umum, pemerintah mempunyai peranan yang utuh untuk dimainkan - dan di Singapura, kita telah memantau landskap dalam talian secara amat rapi, mempelajari daripada kota dan negara lain serta bertindak tangkas untuk menetapkan tuil yang tepat untuk melindungi negara daripada bahaya maklumat yang silap.



Namun, barisan paling depan pertahanan menentang maklumat yang silap sentiasa adalah rakyat. Kerana itulah, kita telah mempertingkat usaha memperkasa individu agar lebih arif sebagai pengguna dan penyebar maklumat. Ini termasuk memupuk masyarakat awam yang lebih maklum menerusi pendidikan awam dan memperkukuh daya celik media bermula dengan kanak-kanak di sekolah.



RUMUSAN



Maklumat yang salah telah menyusup dalam masyarakat kita dalam pelbagai isu kepentingan dan keprihatinan. Kita perlu terus bekerjasama sebagai sebuah masyarakat, memperkukuh pertahanan bagi menentang kepalsuan dalam talian serta melindungi kepentingan kita.




Justeru, secara umum, pemerintah mempunyai peranan yang utuh untuk dimainkan - dan di Singapura, kita telah memantau landskap dalam talian secara amat rapi, mempelajari daripada kota dan negara lain serta bertindak tangkas untuk menetapkan tuil yang tepat untuk melindungi negara daripada bahaya maklumat yang silap. Namun, barisan paling depan pertahanan menentang maklumat yang silap sentiasa adalah rakyat. Kerana itulah, kita telah mempertingkat usaha memperkasa individu agar lebih arif sebagai pengguna dan penyebar maklumat. Ini termasuk memupuk masyarakat awam yang lebih maklum menerusi pendidikan awam dan memperkukuh daya celik media bermula dengan kanak-kanak di sekolah.
- Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Kemampanan dan Sekitaran), Encik Desmond Tan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >