Subuh
5:58
Syuruk
7:16
Zuhur
1:20
Asar
4:35
Maghrib
7:21
Isyak
8:31
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MASJID AR-RAUDHAH

Perlukan lebih ramai relawan, mahu kumpul dana $100,000

Apr 08, 2022 | 05:30 AM



SUDAH menjadi lumrah bagi semua masjid untuk mendapatkan khidmat tenaga sukarelawan untuk tampil menjayakan program-program yang diadakan semasa Ramadan.



Tahun ini juga tidak terkecuali - apatah lagi lebih ramai jemaah dibenarkan untuk menjalankan ibadah di masjid selepas kelonggaran terbaru diberikan semasa solat berjemaah.



Lantas, Masjid Ar-Raudhah di Bukit Batok East Avenue 2, telah membuka rangkaian pendaftaran di mana mereka ingin menambah bilangan sukarelawan sempena Ramadan ini sejak bulan lalu.



Menyatakan demikian dalam jawapan bertulisnya kepada Berita Harian, Ketua Jabatan Pentadbiran dan Operasi Masjid Ar-Raudhah, Cik Tazlina Talib, berkata antara tugasan yang dilakukan sukarelawan tahun ini termasuk memeriksa tempahan jemaah yang masuk ke masjid, memastikan jemaah melakukan imbasan Trace Together, mengira bilangan jemaah, selain menunjukkan arah.



"Mereka juga terlibat dalam sesi pengagihan bubur kepada jemaah selain memastikan setiap jemaah sentiasa kekalkan pelitup di muka.



"Selepas setiap solat, kami juga akan jalankan kerja penyahjangkit di setiap ruang yang digunakan jemaah, termasuk tandas dan ini juga kadangkala dengan bantuan sukarelawan kami," jelasnya.



Selain itu, sukarelawan turut sama dalam membantu mengagihkan bubur yang ditempah daripada syarikat pembekal.



Bubur diagihkan selepas solat asar dan biasanya seawal 4 petang jemaah sudah mula beratur untuk mendapatkan bubur tersebut.



Ditanya tentang sajian berbuka puasa, Cik Tazlina berkata tahun ini tiada sajian bento diberikan, namun masjid akan tetap agihkan kurma serta minuman botol air mineral kepada jemaah untuk berbuka.



Namun, mereka menerima tajaan sajian berbuka untuk petugas, imam, bilal dan sukarelawan dalam bentuk bento, tambahnya.



Lantas, masjid sentiasa mengalu-alukan sebarang jenis tajaan yang dapat disalurkan untuk program Ramadan kali ini.



Memandangkan Masjid Ar-Raudhah mempunyai banyak program Ramadan tahun ini berbanding dua tahun lalu, justeru kos perbelanjaan dianggarkan pada kadar $100,000 tahun ini.



Tahun ini, masjid ini menjangkakan pertambahan sehingga 1,700 jemaah sempena Ramadan.



Ini selepas Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) mengumumkan kelonggaran terbaru solat berjemaah di masjid.



Ini termasuk meningkatkan jumlah jemaah kepada 75 peratus kapasiti masjid, meniadakan zon solat dan mengubah sistem tempahan solat Jumaat.



Kelonggaran itu - berkuatkuasa mulai 1 April lalu - menyaksikan masjid menyediakan dua sesi solat Jumaat, berbanding hingga tiga sebelum ini, tetapi tempahan hanya diperlukan bagi sesi pertama.



Masjid Ar-Raudhah akan menganjurkan beberapa program sempena Ramadan ini, antaranya termasuk tadarus dan khatam Al-Quran yang bakal berlangsung setiap Isnin hingga Jumaat mulai 4 April hingga 30 April ini.



Ia disasarkan kepada semua lapisan usia termasuk kanak-kanak, belia selain golongan dewasa.



Tahun lalu, meskipun dengan langkah-langkah jarak selamat diutamakan, masyarakat Muslim dibenarkan bersolat tarawih di masjid.



"Tahun ini, dengan tiada lagi jarak selamat dan saf solat boleh dirapatkan serta tempat solat yang diluaskan, ini dijangka memberi peluang untuk lebih ramai jemaah bertarawih di masjid.



"Pihak masjid serta sukarelawan Safe Entry juga ghairah dan telah bersiap sedia untuk menerima kehadiran jemaah solat tarawih yang lebih ramai di masjid," tambah Pengerusi Eksekutif Masjid Ar-Raudhah, Ustaz Mohamed Ali Atan.




CARA MENYUMBANG



- Pemindahan bank: OCBC Semasa 501-806368-001



- Cek: Hantarkan cek kepada:



Lembaga Pentadbiran Masjid Ar-Raudhah



Alamat: Masjid Ar-Raudhah



30 Bukit Batok East Avenue 2 Singapura 659919



- PayNow: UEN: S93MQ0024E




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >