Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Perniagaan boleh manfaat tapak uji terbuka bangun, pasarkan huraian 5G

Empat tapak uji itu terletak di Estet Dron Maritim (MDE), Singapore Science Park, Pixel dan Sentosa
Oct 20, 2021 | 05:30 AM



SEMUA perniagaan kini boleh mengakses tapak uji terbuka untuk membangunkan, melaksanakan dan mengkomersialkan huraian 5G sedang Singapura mengembangkan inovasi 5G.



Empat tapak uji itu terletak di Estet Dron Maritim (MDE), Singapore Science Park, Pixel dan Sentosa.



Menurut kenyataan Penguasa Pembangunan Media Infokom (IMDA), tapak uji terbuka itu akan membolehkan perniagaan pelbagai saiz, industri dan tahap kesediaan teknologi untuk menguji dan membangunkan huraian 5G dalam bidang seperti penghantaran dron, operasi maritim, huraian bandar bijak dan penghasilan kandungan.



Kenyataan itu dikeluarkan menyusuli pengumuman Menteri Perhubungan dan Penerangan, Cik Josephine Teo mengenai rancangan Singapura untuk menggunakan Sentosa sebagai tapak uji bagi teknologi 5G.



Bercakap dalam Sidang Asia Pasifik Mudah Alih 360 anjuran Persatuan Sistem Global bagi Perhubungan Mudah Alih(GSMA) semalam, Cik Teo berkata Singapura telah memilih untuk melabur dalam rangkaian kendiri 5G dan bukan rangkaian tidak kendiri, kerana percaya bahawa ini akan memperkasakan warga dan perniagaan dengan lebih banyak keupayaan untuk berinovasi dan berubah secara digital.



"Bagi meningkatkan inovasi dan kerjasama dengan industri, Singapura juga telah mengubah dirinya menjadi makmal hidup untuk inovasi 5G.



"Pendekatan kami ialah untuk menjadi inklusif terhadap semua perniagaan," ujar beliau.



Tambah Cik Teo, sebagai sebahagian daripada usaha berterusan merintis idea berani, Sentosa juga diubah menjadi tapak ujian 5G bagi sektor awam.



GovTech telah melancarkan 10 ujian 5G yang pertama di Sentosa.



Ini termasuk robot berautonomi bagi melakukan pemeriksaan kawalan mutu binaan masa nyata dan operasi kawalan jauh trak menyapu jalan raya - yang berpotensi digunakan dalam konteks lain dalam khidmat awam bagi memanfaatkan penduduk dan perniagaan.



Sementara itu, Ketua Eksekutif IMDA, Encik Lew Chuen Hong, berkata dalam kenyataannya bahawa 5G adalah sesuatu yang dapat mengubah perniagaan dan pihak berkuasa sedang melakukan apa sahaja untuk membantu perniagaan meraih manfaat daripada 5G.



"Kami telah melihat kejayaan awal daripada program perintis 5G dan adalah bertepatan masa untuk mempercepatkan pelaksanaan dan pengkomersialan.



"Saya menggalak perniagaan supaya bereksperimen dan berinovasi dengan tapak ujian 5G terbuka yang baru ini," gesa beliau.



IMDA telah bekerjasama dengan Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) serta CapitaLand Investment (CLI) untuk menawarkan 5G kepada semua perniagaan di Estet Dron Maritim dan Singapore Science Park.



Sebelum ini 5G hanya ditawarkan kepada projek tertentu sahaja, jelas kenyataan IMDA.



Bersama dengan 5G Living Lab @ Pixel yang ditubuhkan pada 2020 dan tapak ujian 5G Sentosa, kini perniagaan mempunyai pelbagai jenis tapak ujian terbuka 5G, bergantung kepada bidang penggunaan khusus dan sumber diperlukan.



Misalnya, tapak ujian MDE tertumpu kepada aplikasi dron dan kelautan sementara CLI adalah bagi aplikasi estet bijak dan Pixel untuk realiti terimbuh (AR) dan realiti maya (VR) di samping penghasilan kandungan, menurut kenyataan itu lagi.




"Bagi meningkatkan inovasi dan kerjasama dengan industri, Singapura juga telah mengubah dirinya menjadi makmal hidup untuk inovasi 5G. Pendekatan kami ialah untuk menjadi inklusif terhadap semua perniagaan."
- Menteri Perhubungan dan Penerangan, Cik Josephine Teo.




4 TAPAK UJI TERBUKA 5G



  • ESTET DRON MARITIM MPA

- 5G dilaksanakan, selepas berjaya dalam program perintis ujian rangkaian kendiri 5G menerusi kerjasama di antara Airbus, IMDA dan M1



- terletak di Marina South Pier, dekat dengan tempat berlabuh



- syarikat boleh uji teknologi dron bagi aplikasi maritim seperti pengiriman dari darat ke kapal



  • MAKMAL INOVASI BERSAMA BANDAR BIJAK CLI, DI SINGAPORE SCIENCE PARK

- makmal diterajui industri yang pertama bagi huraian bandar bijak di Asia Tenggara



- syarikat boleh uji inovasi dan mengkomersialkan huraian bandar bijak dalam industri utama seperti estet bijak dan pertanian bandar



  • 5G LIVING LAB@PIXEL IMDA

- kembangkan masyarakat inovasi dan sokong industri media infokom (ICM)



- SME boleh bereksperimen aplikasi 5G, dengan kegunaan tertumpu kepada kawasan tertutup seperti AR/VR, penstriman kandungan dan IoT



  • GOVTECH, IMDA, SENTOSA, SINGTEL, 5G SENTOSA

- IMDA bekerjasama dengan Singtel bagi kenal pasti potensi huraian 5G bagi bangunkan sistem eko teknologi 5G untuk sokongan ujian di sini



- agensi pemerintah dan rakan kerjasama Sentosa yang mahu ubah niaga dengan 5G, akan dipadankan dengan rakan huraian berpotensi.




5G@SENTOSA



CONTOH PERCUBAAN 5G DI SENTOSA



  • Pengalaman hiburan pendidikan (edutainment) realiti imbuhan berdasarkan warisan di kawasan Fort Siloso

  • Penggunaan dron bagi senggara bangunan dan jaga keselamatan

  • Kenderaan berautonomi atau pandu sendiri bagi sapu jalan raya

  • Laksana kenderaan pandu sendiri di Sentosa

  • Platform robotik untuk beri respons kepada kejadian kecemasan dan urus mangsa

PLATFORM SENSOR NEGARA BIJAK (SNSP)



  • Platform teknologi di peringkat seluruh pemerintah yang terjemah data daripada sensor atau penderia dan alat Internet untuk fahami situasi di lapangan

  • 5G akan tingkatkan pelbagai aplikasi SNSP termasuk dalam urusan bandar dan trafik




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >