Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Perniagaan dapat faedah apabila tempat kerja punya kepelbagaian, inklusif: Zaqy

Nov 20, 2021 | 05:30 AM



TEMPAT kerja yang mempunyai kepelbagaian dan inklusif dapat memberi manfaat kepada perniagaan kerana ia membolehkan syarikat mengambil pekerja terbaik daripada kumpulan bakat lebih luas, kata Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad.



"Penyelidikan telah menunjukkan hubungan kukuh antara kepelbagaian dan hasil inovasi. Silang kemahiran semasa proses kerjasama juga meningkatkan keupayaan dan prestasi sesebuah pertubuhan," kata beliau semasa berucap di majlis Anugerah Sumber Manusia (HR) Singapura ke-15, yang diadakan dalam talian semalam di anjurkan Institut Sumber Manusia Singapura (SHRI) itu.



Encik Zaqy juga mengetengahkan bagaimana pemerintah berusaha menegakkan keadilan dan keterangkuman di tempat kerja.



Beliau memberi contoh tentang Garis Panduan Perikatan Tiga Pihak bagi Amalan Pekerjaan Adil dan Progresif (Tafep) yang telah ditetapkan di dalam undang-undang.



"Undang-undang baru ini akan menghantar isyarat kuat bahawa Singapura tidak akan bertolak ansur dengan sebarang bentuk diskriminasi di tempat kerja dan ia akan melindungi pekerja serta pencari kerja dengan lebih baik," kata Encik Zaqy.



Beliau menambah bahawa undang-undang ini boleh memberi keyakinan kepada majikan dengan rangkaian tindakan yang akan diperluaskan.



Selain itu, Encik Zaqy menekankan kepentingan bagi pekerja Singapura meningkatkan kemahiran mereka.



Apatah lagi perniagaan telah mengalami transformasi semasa pandemik Covid-19, terutamanya dalam bidang pendigitalan.



Encik Zaqy juga berkata mencari bakat baik akan semakin sengit apabila sepadan dibuka semula, terutama dalam bidang teknologi maklumat di mana pekerja mahir agak terhad.



Beliau menambah bahawa Peta Transformasi Pekerjaan (JTM) HR yang dilancar pemerintah akan mengenal pasti bagaimana teknologi memberi kesan kepada pekerjaan, dan memberi laluan bagi majikan mengubah pekerjaan mereka. Ia juga akan memberi peluang bagi pekerja beralih ke peranan yang dikembangkan atau peranan baru.



Hingga kini, empat JTM telah siap dan 11 lagi sedang dibangunkan meliputi sektor seperti runcit dan pembuatan makanan.



Berikutan JTM HR, yang dilancarkan Disember tahun lalu, pemerintah akan melancarkan program reka bentuk semula kerja dan penukaran kerjaya untuk membantu HR.



Ditanya oleh Berita Harian mengenai kesan ke atas pekerja Melayu, Encik Zaqy berkata penggunaan huraian teknologi dan automasi akan memacu perniagaan dan transformasi pekerjaan.



"Pemerintah dan rakan kongsi kami akan terus membantu pekerja Melayu meningkatkan kemahiran dan mengambil peluang baru dalam sektor membangun untuk mendapatkan pekerjaan dengan prospek yang baik.



"Pencari kerja Melayu dan pekerja yang memerlukan nasihat atau bantuan boleh memanfaatkan program di bawah Pakej Pekerjaan dan Kemahiran SGUnited atau yang disokong SkillsFuture Singapura dan Mendaki untuk mendapatkan kemahiran yang diperlukan untuk melakukan kerja-kerja ini.



"Sedang pekerjaan terus berubah pantas, saya galak pekerja Melayu memanfaatkan pelbagai program untuk mendapatkan kemahiran dan mempersiap diri bagi pekerjaan pada masa depan,'' kata Encik Zaqy.




"Pemerintah dan rakan kongsi kami akan terus membantu pekerja Melayu meningkatkan kemahiran dan mengambil peluang baru dalam sektor membangun untuk mendapatkan pekerjaan dengan prospek yang baik.
- Encik Zaqy Mohamad, Menteri Negara (Tenaga Manusia).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >