Subuh
5:41
Syuruk
7:04
Zuhur
1:11
Asar
4:36
Maghrib
7:16
Isyak
8:31

Persaingan bagi 6 kerusi lembaga pengarah DPPMS dijangka

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

AGM DPPMS

Persaingan bagi 6 kerusi lembaga pengarah DPPMS dijangka

AGM DPPMS turut saksikan dua jawatan tertinggi bagi Presiden dan Timbalan Presiden dikekalkan
Jun 03, 2021 | 05:30 AM

MESYUARAT Agung Tahunan (AGM) Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) yang ke-62 akan diadakan hari ini, yang akan menyaksikan dua jawatan tertinggi bagi Presiden dan Timbalan Presiden dikekalkan.

Namun, pertandingan dijangkakan bagi 12 calon yang akan bersaing bagi merebut enam kerusi bagi anggota lembaga pengarah.

Antara mereka yang bertanding bagi jawatan itu ialah pemilik Fatimah Mohsin Wedding Gallery, Cik Fatimah Mohsin, yang merupakan pendatang baru, serta tiga anggota lama iaitu pemilik Amani Services Pte Ltd, Encik Mohamed Nor Ismail (Kino); pengarah urusan Pondok Abang, Encik Hasan Abdul Rahman; dan ketua pegawai eksekutif (CEO) Singapore Hospitality Pte Ltd, Encik Ali Abbas, yang memiliki jenama restoran Landmark.

Presiden DPPMS Encik Farid Khan mempertahankan jawatannya sebagai Presiden bagi penggal kedua sehingga 2023.

Ini setelah tiada nama lain yang dikemuka bagi jawatan tersebut dalam penamaan calon yang sudah berakhir pada 14 Mei lalu.

Timbalan Presiden DPPMS, Encik Abu Bakar Mohd Nor, juga akan mengekalkan jawatannya itu setelah hanya namanya dicalonkan.

Encik Farid, pengerusi dan pengarah urusan serantau syarikat perkapalan, Bourbon Offshore Asia, dan juga pengarah urusan syarikat robot dalam air, Maxsurv Pte Ltd, manakala Encik Abu Bakar pula merupakan pengerusi kumpulan awan Forward Vision Pte Ltd.

Di bawah perlembagaan DPPMS, mereka boleh berkhidmat selama tiga penggal. Sejauh ini, mereka telah berkhidmat selama sepenggal dari 2019 hingga tahun ini.

Sebahagian besar anggota pasukan Encik Farid akan meneruskan khidmat mereka bagi penggal baru ini.

Dua jawatan Naib Presiden DPPMS akan disandang oleh pengarah urusan Spa Jelita, Cik Fadilah Majid, yang mengekalkan jawatannya, dan pengerusi eksekutif Enercon Asia, Encik Azhar Othman, yang juga dijangka menang tanpa bertanding kerana tidak ada nama lain yang dicalonkan.

Encik Azhar mengambil alih jawatan Pengarah Urusan Nan Guan Construction Pte Ltd, Encik Mohamed Abdul Akbar Mohamed Abdul Kader, yang sudah lama berkhidmat di DPPMS tetapi memutuskan tidak mahu dicalonkan.

Jawatan Penolong Bendahari Kehormat DPPMS tidak mempunyai sebarang calon apabila pengasas Dayn Advisory LLP, Encik Shamir Wahid, memutuskan untuk tidak bertanding.

Bagi anggota lembaga pengarah pula, seramai 12 orang akan merebut enam jawatan anggota lembaga pengarah yang dipertandingkan. Lagi enam akan dilantik.

Selain Cik Fatimah, Encik Kino, Encik Hasan dan Encik Ali, calon-calon lain ialah;

  • Pengarah Indobox Pte Ltd, Encik Iman Yusoff (baru);
  • Pemilik Neu Entity, Encik Ferdaus Amzah (baru);
  • Pengarah Urusan Priboy Shipping Supplies, Cik Ferzana Bagum Yusoff (baru);
  • CEO MSR Interior Design, Encik Syahiran Rohajat (baru);
  • Pengarah Eksekutif STIE Pte Ltd, Cik Maslina Mohamed (baru);
  • Pengarah Pristine Print, Encik Khairuzamani Mohamed Noor (baru);
  • CEO Alertist, Cik Rohani Mohamed (baru); dan
  • Pengerusi Unipro Group of Companies, Encik Seeni Jaafar Ghany (baru).

Jawatan pengerusi tetap akan juga dipertandingkan.

Presiden dan CEO SSA Consulting Group, Encik Suhaimi Salleh, yang merupakan pengerusi tetap DPPMS, akan bertanding dengan pengerusi Institut Latihan Singapura, Encik Zahabar Ali.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3