Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Bahasa & Budaya
34
0

SAJAK

Perubahan Iklim

Jul 03, 2022 | 05:30 AM



Pembebasan karbon tidak terlarat

Pencemaran sukar disekat

Pelbagai usaha sudah dibuat

Kehangatan bumi semakin meningkat

Banjir ribut kenaikan paras laut sudah berisyarat

Petanda keadaan bumi tidak selamat



Tiada sesiapa mengharapkan

Keburukan berlaku kerana kecuaian

Binatang, manusia juga tumbuh-tumbuhan

Hidup dalam ancaman

Musnah daratan dan isi lautan

Tidak dapat dimaafkan



Sedarlah wahai manusia

Kemampuan membaiki jangan disia-sia

Bumi lautan dan udara

Tanggungjawab kita untuk menjaga

Untuk generasi kita seterusnya

Kesejahteraan lautan hutan dan udara mesti dipelihara



Marilah kita berikrar diri

Janganlah bumi dicemari

Membuang sampah sembarangan jangan diamali

Pelepasan karbon mesti dibasmi

Semua tumbuhan mesti dijaga dan disuburi

Udara bersih mesti dikekali

Kepanasan bumi mesti dikawali

Menyelamatkan bumi yang kita kasihi

Tanggungjawab semua yang hakiki



AMAN SAMAT




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >