Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Peserta raih manfaat teknologi daripada program XR Immersive

Jan 22, 2021 | 05:30 AM



SEBAGAI satu-satunya institusi pendidikan yang diiktiraf oleh Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA), program di bawah pembiayaan Program Sumber Teknologi Infokom Penting (CITREP+) dan Skim Latihan & Tempat memberi manfaat kepada pesertanya.



Perkara ini diakui oleh seorang siswazah dalam bidang Sains Sukan, Cik Kim Al Imad, 29 tahun, yang berkata:



"Sebagai bekas pelajar di institut MAGES, saya memiliki pengalaman luar biasa sepanjang menyertai program XR Immersive.



"Program berkurikulum holistik ini disampaikan oleh tenaga pengajar yang giat dalam industri pembangunan permainan, Realiti Maya (VR), dan Realiti Luasan (AR). Tahap dedikasi yang dimiliki oleh tenaga pengajar kami, terutamanya Pengarah Akademik (Encik Rajesh Chakravarthy) melampaui jangkaan saya kerana mereka menunjukkan usaha dan sokongan yang padu terhadap pelajar, walaupun kebanyakan daripada kami tidak memiliki latar belakang pendidikan teknikal atau pengekodan.



"Dengan menyertai program separuh masa ini, saya masih boleh terus bekerja sambil belajar. Tambahan pula, komunikasi yang berlangsung dalam talian memudahkan saya mengatur masa antara kegiatan pembelajaran dengan tugasan kerja dari rumah.



"Pembelajaran kolaboratif yang dilalui menjadi nilai tambah utama kerana teknologi merupakan kemahiran terpenting untuk dikuasai, sejajar dengan perkembangan aliran dunia global.



"Dari segi faedah kewangan, pemberian IMDA dan CITREP+ sangat membantu dalam menguruskan yuran kursus meskipun saya masih perlu membiayai selebihnya secara sendiri.



Mujurlah, saya mendapat sokongan daripada program The Codette Cares yang diketuai oleh The Codette Project, yang memberikan dana sebanyak $1,500 untuk melunaskan yuran kursus saya.



"Bimbingan yang diberikan oleh mentor saya, iaitu Cik Liyana Fauzi dan Cik Liyana Rosli, dalam masa 12 bulan juga sangat membantu saya untuk meneroka peluang baru dalam industri XR.



"Dengan panduan mentor untuk mempersiap diri dalam mencari pekerjaan setelah tamat pengajian, saya berjaya dihubungkan dengan bakal majikan saya pada Oktober 2020, dengan saya telah memulakan perjalanan baru sebagai pembangun program realiti maya dan luasan.



"Itu adalah gabungan usaha daripada MAGES, mentor Codette Cares dan komitmen saya memperbaiki diri sebaik sahaja menamatkan program XR Immersive."



Encik Mohammad Luthfi Kampung, lulusan LASALLE College of the Arts turut berkongsi pengalaman berharga semasa menyertai MAGES.



"Program ini menjadi pengenalan teknologi, khususnya mengenai sistem pengekodan dan permainan video.



"Walaupun peserta tidak memiliki kemahiran teknologi, kami diajar asas-asas membina sebuah permainan video dan memahami cara ia berfungsi dalam sesuatu projek teknologi yang bervisual. Beberapa modul yang disediakan mengikut peringkat telah membantu kami mengasah kemahiran teknologi baru beraras tinggi.



"Pada pandangan saya, teknologi ini tidak tertakluk kepada golongan muda sahaja kerana ia bersifat meluas dan tiada penghujungnya. Sepatutnya, golongan pertengahan usia harus dialukan untuk menyertai program ini bagi memaksimumkan potensi bidang teknologi.



"Saya langsung tiada asas tentang pemprograman dan pengekodan, tetapi saya banyak belajar dengan lebih lanjut mengenai Realiti Maya (VR), dan Realiti Luasan (AR) menerusi program XR Immersive ini. Tidak mengapa jika anda tidak mempunyai sebarang pengetahuan, asalkan anda memiliki minda terbuka mahu belajar," jelasnya.



Program sebegini jelas memberi manfaat kepada peserta dalam meraih pembaharuan perspektif dan peluang pekerjaan terutama dalam bidang teknologi semasa.



Bagi menyokong masyarakat dan memberi peluang kepada orang ramai, Pameran Pekerjaan akan dianjurkan di Wisma Geylang Serai (WGS).



Tiga syarikat yang bakal mempunyai reruai fizikal di Pameran Pekerjaan ialah syarikat dagang borong, Spectrum Ingredients Pte Ltd; syarikat perkhidmatan makanan, RE&S Enterprises Pte Ltd; dan syarikat runcit, Pertama Merchandising Pte Ltd.



Tujuh syarikat lain akan menggunakan teknologi untuk menemuramah mereka yang berminat bekerja dengan syarikat mereka seperti SATS Ltd, Caregiving Welfare Association, ENJ Advance PCB Materials Pte Ltd, NTUC Income Insurance Co-operative Limited, Pusat Kebajikan dan Pendidikan PERTAPIS, Plaza Premium Lounge Singapore Pte Ltd, dan Bigfoot Group Of Companies.



Pada hari yang sama, Kurnia@ WGS yang merupakan hab pertubuhan Melayu/Islam di WGS yang merangkumi sembilan badan Melayu/Islam bakal mengadakan rumah terbuka di tingkat tiga.



Sembilan badan Melayu/Islam itu termasuk Angkatan Karyawan Islam (AMP), Lembaga Biasiswa Kenangan Maulud (LBKM), Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas), Tabung Amal Aidilfitri (TAA), Muhammadiyah, Persatuan Persuratan Pemuda Pemudi Melayu (4PM), Persatuan Seni-Budaya Kreatif Melayu (CMAC), Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) dan Berita Harian selaku rakan media hab tersebut.



Selain penjualan juadah oleh program perniagaan Mikro AMP, Muhammadiyah akan berkongsi Projek Sinar Ihsan (Skim Keluarga Titipan) dan juga perkongsian tentang konsep dana endownmen Pergas di FB WGS.



Orang ramai dijemput hadir bagi memanfaatkan peluang ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >