Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pokoknya... perlu perbanyak tanaman

Nov 13, 2021 | 05:30 AM



DARI usia muda lagi, Encik Syaiful Hakim Muslim sudah diajar tentang peranan penting pokok dalam menyumbang kepada biodiversiti alam sekitar.



Di situ mula berputik minatnya untuk lebih memahami sekitaran dan turut memainkan peranan menyelamatkan bumi.



"Saya mula minat mahu membantu, lebih-lebih lagi kerana sekarang ini kita sedang berjuang terhadap perubahan iklim.



"Jadi pokok-pokok ini sangat penting dalam jangka panjang," kata beliau, 35 tahun.



Pensyarah di ITE Kolej Timur yang mengajar Nitec dalam kehijauan dan landskap bandar itu merupakan antara peserta kegiatan menanam pokok di bawah gerakan OneMillionTrees, atau usaha menanam sejuta pokok, yang diadakan di Taman Labrador baru-baru ini.



Gerakan itu, yang dilancarkan pada April tahun lalu dan dikendalikan Lembaga Taman Negara (NParks), bertujuan memulihkan alam semula jadi dalam kota Singapura dengan menanam lebih sejuta pokok sepanjang 10 tahun akan datang.



Pengarah Kanan bagi Projek Masyarakat di NParks, Dr Adrian Loo, berkongsi bahawa usaha menanam pokok dalam landskap bandar, contohnya, dapat mengurangkan haba dalam persekitaran sedemikian.



"Oleh itu, di estet perindustrian (misalnya), kami menanam pokok agar habanya dapat lebih kita tahan dan dapat dikurangkan," kata beliau.



Ikuti perkongsian mereka dalam segmen Singapura episod kedua, The BM Show esok.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >