KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, akan disoal berhubung kenyataan beliau semasa bantahan besar-besar hujung minggu lalu yang diadakan bagi menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan, ujar polis pada Rabu (2 Sept).
Tun Dr Mahathir, 90 tahun, menaikkan semangat peserta bantahan anjuran kumpulan Bersih di Kuala Lumpur Ahad lalu dengan menggesa desakan diteruskan bagi menjatuhkan Datuk Seri Najib.