Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Polis tekad terus usaha perluas komitmen bina keyakinan masyarakat

SPF: Kadar jenayah turun dari 1,475 kes bagi setiap 100,000 penduduk pada 1986 ke 656 pada 2020
Nov 29, 2021 | 05:30 AM



PASUKAN Polis Singapura (SPF) bertekad meneruskan usaha mahu memperluas komitmen mereka membina keyakinan dan kerjasama dengan orang awam dalam usaha mencegah jenayah, kata Ketua Pegawai Pusat Polis Kejiranan (NPC) Queenstown, Superintenden Norliza Hussin.



NPC yang dipimpinnya itu merupakan antara yang pertama di bawah skim yang diperkenal pada 1997 selepas SPF menyemak sistem Pondok Polis Kejiranan (NPP) yang mula beroperasi sejak 1983.



Superintenden Norliza berkata menerusi sistem NPC, pasukan polis telah membina kejasama yang rapat bersama rakan kongsi masyarakat dalam usaha keselamatan dan cegah jenayah.



Sistem NPC yang diperkenal pada 1997 disediakan sebagai sebuah pusat kepolisan "di bawah satu bumbung," menawarkan pelbagai perkhidmatan kepolisan berbanding NPP.



Berbanding sistem kepolisan yang berdasarkan reaksi menerusi NPP, sistem NPC pula memberi tumpuan kepada kepolisan masyarakat.



Di bawah skim itu, pegawai diperlukan agar lebih melibatkan diri dan mendekati orang awam untuk menyelesaikan isu undang-undang dan keselamatan yang dihadapi masyarakat.



Kini terdapat sebanyak 35 NPC yang dikendali tujuh Divisyen Darat Polis.



SPF berkata agar lebih memahami keprihatinan masyarakat terhadap usaha penguatkuasaan dan kawalan undang-undang dan peraturan, pendekatan dengan masyarakat perlu diperluas.



Tanggungjawab juga perlu dibina dalam kalangan anggota masyarakat menerusi pendekatan kepolisan masyarakat supaya mendapat sokongan yang lebih kuat daripada mereka.



Sehubungan itu, SPF berkata menerusi usaha kemodenan dan memperluas kerjasama mereka dengan masyarakat bagi mencegah jenayah, kadar jenayah bagi setiap 100,000 penduduk telah merosot lebih daripada setengah daripada 1,475 kes setiap 100,000 penduduk pada 1986 hingga 656 kes pada 2020.



"Sedang keadaan kian berubah, rakan-rakan baru juga bekerjasama dengan kami untuk menangani jenayah dan isu keselamatan," kata Superintenden Norliza lagi.



"Dengan mendekati dan membolehkan masyarakat kami (melibatkan diri dalam usaha itu), setiap individu boleh memainkan peranan dalam memastikan keselamatan Singapura."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >