Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Portal pembelajaran dalam talian sekolah rendah dan menengah dirintis

Aug 16, 2017 | 03:40 PM



PELAJAR daripada kesemua sekolah - dari sekolah rendah hingga maktab rendah - tidak lama lagi boleh mengakses sumber pembelajaran dan belajar pada rentak mereka sendiri di mana sahaja mereka berada dan pada bila-bila masa menerusi satu portal pembelajaran dalam talian baru.



Ruang Pembelajaran pelajar Singapura yang kini dirintis di 62 sekolah rendah dan menengah akan dibentangkan secara progresif kepada semua sekolah mulai tahun depan.



Ia merupakan platform dalam talian yang akan menyokong pembelajaran dan pengajian subjek-subjek utama seperti Bahasa Inggeris, Matamtik, Sejarah dan juga Pendidikan Jasmani.



Tujuannya ialah bagi pelajar untuk mengambil tanggungjawab yang lebih terhadap pembelajaran mereka dan bekerjasama dengan rakan-rakan seangkatan yang lain.



Sumber interaktif seperti video, animasi, simulasi, permainan dan kuiz akan membenarkan mereka untuk belajar pada rentak mereka sendiri, mengimbas kembali konsep dan membaca terhadap isu yang mereka minati, kata Kementerian Pendidikan semalam (Ogos 16).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >