Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

SKIM TUISYEN MENDAKI (MTS)

Prestasi meningkat setelah hadiri kelas MTS

Jan 13, 2023 | 05:30 AM



DI kelas Skim Tuisyen Mendaki (MTS) yang dihadiri Putri Qurratuani Mohamed Halmi, guru tuisyennya akan mengulang ajar sesebuah topik Matematik sehingga tiga kali agar memastikan Putri dan kawan-kawannya benar-benar memahami topik tersebut.



Selain itu, mereka juga akan diberikan soalan-soalan latihan dan bebas bertanya sekiranya masih tidak faham.



Peluang untuk mengulang kaji dan membuat latihan secara berulang kali itu telah menarik Putri Qurratuani untuk menghadiri kelas MTS.



"Ia sangat membantu apabila guru tuisyen dapat mengajar topik yang kami pelajari di sekolah berulang kali kerana di sekolah, guru saya biasanya ajar topik itu sekali sahaja dan kadang-kala, saya kurang faham sebuah topik itu," kata Putri Qurratuani, 16 tahun, pelajar Sekolah Menengah Woodlands Ring.



Dia dan kawan-kawannya juga berasa tidak segan untuk bertanya soalan dan berbincang bersama guru tuisyennya.



Lantaran itu, Putri Qurratuani, yang berada di aliran Normal Akademik, bersyukur mempunyai bantuan tambahan dari kelas MTS pada tahun ini kerana dia bakal menduduki peperiksaan GCE peringkat 'N' dan bermatlamat untuk mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaannya nanti.



Putri Qurratuani telah menghadiri kelas MTS sejak Darjah Enam. Sebelum mengikuti kelas MTS, dia pernah gagal subjek Matematik dan Sains dan hanya lulus Bahasa Inggeris di sekolah rendah.



Namun, kelas MTS telah membantunya lulus subjek Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains bagi Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE).



Anak sulung dalam dua beradik itu telah mengambil keputusan untuk terus menghadiri kelas MTS pada setiap Sabtu semasa di sekolah menengah, dan berjaya mengekalkan gred satu atau dua (70 peratus ke atas) untuk subjek Matematik dan gred empat (60 peratus ke atas) untuk subjek bahasa Inggeris sepanjang pengajiannya di sekolah menengah.



Pada tahun lalu, Putri Qurratuani telah mendapat gred satu (81 peratus) untuk subjek Matematik dan gred empat (64 peratus) untuk subjek Bahasa Inggeris bagi peperiksaan akhir tahun.



Malah, dia telah mendapat pengiktirafan di sekolah kerana merupakan antara empat pelajar terbaik yang cemerlang dalam peperiksaan akhir tahun semasa di Menengah Dua, dan telah meraih markah terbaik bagi subjek Matematik dalam peperiksaan akhir tahun di Menengah Tiga bagi kohort NA di sekolah.



Mengulas tentang kecemerlangan yang diraihnya di sekolah, Putri Qurratuani berkata:



"Saya gembira dan lega dapat markah baik untuk peperiksaan saya kerana sekurang-kurangnya, segala usaha dan kerja keras saya berbaloi. Saya juga berterima kasih kepada guru tuisyen saya yang telah banyak membantu."



Dia bertekad untuk memberi tumpuan penuh dalam persiapan peperiksaan GCE peringkat 'N'.



Putri Qurratuani juga menggalak para pelajar untuk mengikuti kelas MTS jika mereka memerlukan bantuan dalam pelajaran mereka.



"Jika anda tidak faham akan topik yang diajar di sekolah dan perlu bantuan akademik, kelas MTS boleh membantu kerana di kelas MTS, para pelajar boleh bertanya soalan kepada guru tuisyen.



"Mereka juga dapat berbincang dengan kawan-kawan yang bersama-sama memberi sokongan," kata Putri Qurratuani.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >