Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Prodigi muzik tradisional teroka muzik digital

Jan 31, 2021 | 05:30 AM



BELIAU mempunyai latar belakang kukuh dalam seni muzik tradisional.



Namun lagu ciptaannya baru-baru ini bertujuan membuat pendengar terkejut.



Pengalaman mendengar lagu pemuzik yang dikenali sebagai deførmed itu bukan seperti dijangkakan daripada seorang pemuzik yang memiliki sijil piano klasik dan merupakan pemain piano, papan nada dan pengatur lagu dalam Orkestra Melayu Singapura (OMS) Belia.



Menurut prodigi muzik Abdul Hakiim Muhamad Hamim, 22 tahun, ciptaan lagu berkenaan bukan untuk syiok sendiri, tetapi untuk terus mencabar dirinya dalam berkarya bagi mendalami potensi muzik digital yang tiada batasan.



"Tiap kali saya mendengar sebuah lagu, saya rasa macam... I am always in search of something new," kata mahasiswa Konservatori Yong Siew Toh, Universiti Nasional Singapura (NUS) dalam bidang Sains dan Seni Bunyian.



"Sekitar dua tahun lalu, saya lihat balik jenis muzik yang saya amalkan sebelum ini dan saya rasa sedikit kebosanan.



"Jadi saya pun ingin mencuba jenis muzik kurang biasa atau selesa bagi saya untuk mencabar diri dan melakukan aturan muzik yang berbeza daripada yang selalu kita dengar di radio atau yang dibeli di kedai muzik komersial," katanya.



Dalam album barunya bertajuk "Late to The Loudness War", dikeluarkan label muzik eksperimental tempatan, Syndicate, awal tahun ini, ia dipenuhi elemen 'huru-hara', dan landskap bunyian yang saling berubah, tidak seperti dijangkakan dalam muzik tradisional.



Elemen ironi, kejutan, perkara lucu dan kadangkala memberi komentar terhadap keadaan semasa juga menjadi antara tema dicerminkan dalam muzik Abdul Hakiim, yang dihasilkan sendiri di rumah dengan menggunakan pelbagai alat muzik, kesan bunyian dan sofwe muzik digital.



Menurut beliau, album barunya menceritakan tentang perasaan beliau pada titik-titik terakhir semasa tamat Perkhidmatan Negara (NS) tahun lalu, namun disebabkan pandemik Covid-19, keadaan berkurung seolah serupa dengan kehidupannya memasuki kem setiap minggu.



Salah satu lagu beliau, bertajuk BAS NO 172 - bas yang menuju ke kemnya dahulu - turut dipersembahkan bersama dengan OMS Belia, semasa festival muzik belia Gala Laga, anjuran Wisma Geylang Serai November lalu.



Katanya ringkas: "Lagu saya semua gibberish (kata-kata yang tak masuk akal) kerana saya sangat menantikan keluar dari NS, tapi bila waktu Covid, kena duduk rumah, sama juga macam NS."



Abdul Hakiim berkata, selain mencabar diri dalam menghasilkan muzik secara digital, beliau ingin menggalak orang ramai lebih menerima jenis muzik seperti itu.



Memberi contoh ketika dihubungi, beliau menjelaskan semasa di 'arcade' orang ramai mungkin tidak menganggap lagu tema permainan video sebagai sebuah lagu - bahkan diketepikan sebagai noise atau sesuatu bunyi sahaja.



"Tapi, ia tetap merupakan sejenis hasil muzik malah kini ia menjadi lagu tema yang dikenali ramai hinggakan terdapat orkestra yang cuba memainkan lagu itu.



"Tanpa lihat jauh, terdapat ramai penghasil muzik dalam bidang muzik digital yang berbakat di Singapura, jadi mungkin dengan mendengar muzik saya ia akan menarik perhatian orang ramai terhadap kreativiti mereka," kata Abdul Hakiim lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >