Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Profesor Ungku Aziz tekankan peri penting 'minda' dalam jiwa Melayu

Dec 19, 2020 | 05:30 AM



KEKATA bahasa Inggeris mind jika diterjemahkan secara harfiah ke dalam bahasa Melayu bermakna otak.



Bagi Profesor Diraja Ungku Aziz Abdul Hamid, 'otak' tidak membawa erti luas; tidak memberi tafsiran mendalam terhadap kekata mind.



Profesor Diraja Ungku Aziz ialah tokoh ekonomi dan pendidikan Malaysia.



Beliau meninggal pada 15 Disember lalu.



Menurut Allahyarham, tiada perkataan bahasa Melayu yang tepat untuk mentakrif mind.



Disebabkan itu, Allahyarham insan pertama bertanggunjawab memperkenal perkataan 'minda' dalam entri kamus bahasa Melayu.



Baginya, minda melibatkan keseluruhan daya fikiran, akal fikiran, persepsi, memori, keupayaan kognitif serta kebolehan berfikir.



Lebih luas lagi, minda diperlukan untuk membuat pertimbangan, keputusan, mengawal emosi dan menaakul.



Ketiadaan kekata 'minda' dalam kamus bahasa Melayu, katanya, ialah bak kehilangan arah pemikiran, sekali gus mengabaikan soal "minda" .



Bagi Allahyarham, kekuatan akal minda merupakan senjata berfikir manusia moden Melayu.



Beliau memberikan tafsiran ini dengan panjang lebar dalam temu ramah bersama penulis ketika penulis menulis tesis ijazah bertajuk: Ungku Abdul Aziz: ideanya terhadap minda, pemikiran luas dan budaya.



Tesis itu disiapkan penulis semasa menuntut di Universiti Malaya pada 1989, ketika Allahyarham menjawat naib canselor universiti tersebut.



Ia disiapkan dengan objektif memahami cara berfikir Allahyarhan dan melihat pemikiran intelek beliau hingga tertubuhnya Tabung Haji (TH) di Malaysia.



Hasil temu ramah dalam beberapa sesi itu, Allahyarham bertanggungjawab memperkenal cara berfikir minda ke dalam jiwa Melayu.



Baginya, kekayaan potensi yang terdapat dalam diri individu Melayu perlu diwujudnyatakan melalui sejumlah kondisi kondusif.



Beliau memperluas kekata minda dengan membawa masuk istilah 'minda lateral' yang diperkenalkan oleh Edward de Bono.



Beliau juga bertanggunjawab memperkenal 'pemikiran lateral'.



Allahyarham juga membawa penulis mengadiri kursus dan bengkel motivasi yang beliau anjurkan, dan mengajar tentang pemikiran lateral menerusi buku Six Thinking Hats.



Baginya, pemikiran lateral akan membuka minda untuk tumbuh dan berkembang - tidak kaku dan jumud - untuk menjadi lebih dinamis.



Ini membolehkan keupayaan berfikir untuk mengeluarkan idea.



Dalam tesis itu, penulis simpulkan bahawa melalui pemikiran lateral, Allahyarham, mengajak seseorang berpindah daripada idea awal atau yang sudah ada kepada suatu idea baru yang berbeza.



Kaedah berfikir kreatif ini berguna untuk menyelesaikan masalah.



Kaedah berfikir kreatif ini dapat menjana idea dan penyelesaian serta bersifat pragmatik.



Allahyarham menambah baik pemikiran itu dengan membawa konsep kaizen yang dipegang oleh masyarakat Jepun.



Kaizen antara lain ialah sebuah proses penambahbaikan yang berterusan bagi mencapai tahap prestasi lebih tinggi dari semasa ke semasa.



Prinsip asasnya ialah meningkatkan mutu kerja, produk serta pembentukan ke arah gaya kerja inovatif.



Konsep kaizen dilaksana bagi melahirkan semangat berterusan untuk membaiki hasil kerja, kata Allahyarham.



Beliau membawa idea kaizen ini ketika menceritakan pengalamannya semasa berada di Jepun bagi memperoleh ijazah doktor falsafah dalam bidang ekonomi daripada Universiti Waseday di Tokyo.



Walaupun hampir 30 tahun telah berlalu, penulis masih mampu menggarap isi perbualan dan interaksi bersama Allahyarham.



Wawasan pemikirannya kekal relevan merentas zaman, dan beliau akan terus diingat sebagai cendekiawan ulung disegani.



Ketika berada bersama beliau dalam sebuah kereta Proton Saga pada satu hari, Allahyarham sempat menyelit pesanan jangan lupa ketawa.



Ini kerana terapi ketawa mampu merungkai mood seseorang, memberi kesan kepada sistem imun dan merangsang idea, katanya.



Dengan ketawa, saluran darah di jantung akan berfungsi dengan lebih baik dan perjalanan darah akan menjadi lebih lancar, ujar Allahyarham.



Beliau menjaga kesihatan dengan berlar-lari anak selepas waktu pejabat di sekitar kampus.



Semasa berlari, beliau bukan meninjau kampus Universiti Malaya sahaja, bahkan memastikan saluran darahnya dioptimumkan fungsinya dan berusaha menghindari penyakit.



Usia Allahyarham hampir mencecah 100 tahun - 98 tahun - ketika beliau meninggal dunia.




 • Penulis Penolong Editor Berita harian/Berita Minggu.




Sekilas Profesor Diraja Ungku Aziz Abdul Hamid



Dlahirkan pada 1922 di London, England, Profesor Diraja Ungku Aziz Abdul Hamid mendapat pendidikan menengah di English College, Johor Bahru.



Allahyarham memperolehi Diploma Seni daripada Raffles College di Singapura pada 1947 dan ijazah kepujian ekonomi dari Universiti Malaya di Singapura pada 1951.



Pada 1964 beliau memperoleh ijazah kedoktoran ekonomi dari Universiti Waseda, Tokyo.



Beliau bekas pensyarah ekonomi di Universiti Malaya di Malaysia dan menjadi Naib Canselor universiti itu selama 20 tahun dari 1968 hingga 1988.



Antara sumbangan terbesarnya ialah penubuhan Lembaga Urusan Tabung Haji Malaysia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >