Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BELANJAWAN: FOKUS: PERNIAGAAN

Program baru sokong syarikat matang dakap teknologi

Program Teknologi Baru biayai bersama kos cubaan, laksana teknologi baru, huraian digital
Feb 17, 2021 | 05:30 AM



SATU program baru bagi menggalak perniagaan lebih matang mendakap teknologi baru akan dilancarkan.



Di bawah Program Teknologi Baru, ia akan membiayai bersama kos percubaan dan pelaksanaan teknologi baru dan huraian digital.



Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat berkata perniagaan lebih matang dalam semua lapisan saiz - daripada perniagaan mikro dan kecil sehingga perniagaan sederhana dan besar - harus melabur dalam teknologi baru bagi mengasah daya saing mereka.



"Untuk menggalak mereka berbuat demikian, pemerintah akan membiayai bersama pelaksanaan huraian digital dan teknologi baru.



"Program Teknologi Baru akan membiayai bersama kos percubaan dan pelaksanaan teknologi baru seperti 5G, kecerdasaran buatan dan teknologi kepercayaan.



"Ini akan menyokong pengkomersialan inovasi dan penerapan teknologi di peringkat lebih rendah," kata beliau.



Lebih banyak butiran mengenai program itu akan didedahkan nanti.



Sementara itu, Encik Heng berkata untuk membantu perniagaan mengenal pasti dan melaksanakan huraian digital, inisiatif Khidmat Ketua Pegawai Teknologi yang baru, akan menyediakan akses kepada khidmat runding cara teknologi maklumat profesional.



Melalui khidmat ini, syarikat kecil dan sederhana (SME) boleh mengetahui keperluan pendigitalan dan mengubah operasi perniagaan mereka.



Ia menyepadukan khidmat nasihat pendigitalan yang ada bagi menyediakan satu pusat hentian bagi kededua khidmat pengurusan projek dan runding cara digital.



Satu lagi program baru - Program Pemimpin Digital (DLP) - pula akan menyokong firma yang berpotensi dalam menggajikan pasukan digital utama dan membangunkan serta melaksanakan peta laluan transformasi digital, ujar Encik Heng.



Selain daripada inisiatif baru ini, beliau berkata pemerintah akan melanjutkan tahap sokongan dipertingkatkan sehingga 80 peratus bagi skim perniagaan yang sudah ada seperti Program Scale-up SG, Geran Meningkatkan Daya Penghasilan - Reka Semula Pekerjaan, Bantuan Kesediaan Pasaran dan Geran Pembangunan Perusahaan, sehingga akhir Mac tahun depan.



Termasuk semua peningkatan ini, sebanyak $1 bilion diperuntukkan bagi skim-skim yang disebutkan, menurut Encik Heng.



Bagi menyokong perniagaan dalam mereka semula pekerjaan, pemerintah akan meningkatkan nisbah pembiayaan bersama bagi Geran Meningkatkan Daya Penghasilkan - Reka Semula Pekerjaan, daripada 70 peratus kepada 80 peratus, sehingga akhir Mac 2022.



Sementara itu, untuk menyokong perusahaan yang mempunyai pertumbuhan tinggi, pemerintah akan meningkatkan had kuantum pinjaman di bawah Skim Pembiayaan Perusahaan - Program Berkongsi Risiko Hutang, daripada $5 juta kepada $8 juta.



Sebagai sebahagian daripada program itu, pemerintah berkongsi sehingga 70 peratus daripada risiko pinjaman yang layak.



Dalam ucapannya, Encik Heng berkata bagi memastikan adanya modal pertumbuhan untuk syarikat besar setempat, pemerintah memperuntukkan sebanyak $500 juta untuk dilaburkan bersama dengan Temasek dalam satu Platform Pendanaan bagi Perusahaan Setempat yang baru.



"Temasek akan memadankan dana pemerintah bagi setiap dolar, agar platform itu akan mempunyai $1 bilion untuk pelaburannya," terang beliau sambil menambah lebih banyak butiran akan diberikan nanti oleh Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) nanti.




File

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >