Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

JAMIYAH SINGAPURA

Program Cinta Al-Quran disiar secara langsung

Apr 08, 2022 | 05:30 AM



MISI Jabatan Dakwah Jamiyah Singapura adalah untuk menyampaikan mesej Islam yang aman dan indah kepada semua.



Ini amat penting sejak Jamiyah ditubuhkan sebagai Persekutuan Seruan Islam Singapura pada 1932 oleh Maulana Abdul Aleem Siddique.



Misi ini dilakukan melalui pelbagai cara, dengan mengambil kira masyarakat majmuk di Singapura dan juga menyesuaikan program dakwah mengikut perubahan zaman.



Peranan Jamiyah dalam mengendalikan program-program dakwah telah membawa impak dan keberkesanan kepada lanskap dakwah di Singapura. Pelbagai inisiatif dakwah telah dijalankan dan mendapat sokongan yang baik daripada masyarakat Islam Singapura.



Program-program dakwah anjuran Jamiyah Singapura telah menjadi sebati bersama masyarakat Islam Singapura yang senantiasa menghadiri majlis-majlis tilawah Al-Quran, majlis Maulidur Rasul, ceramah-ceramah agama, dengan undangan pakar-pakar dan ulama-ulama dalam serta luar negara.



Namun, sejak kebelakangan ini,dengan pandemik Covid-19 dan kehadiran penggunaan wadah digital dalam program dakwah, Jamiyah telah mengorak langkah memperbaharui strategi dakwah agar pendekatan yang diambil berkesan dan senantiasa mendapat sokongan daripada masyarakat Islam.



Ketika ditemuramah baru-baru ini, Ketua Jabatan Dakwah Jamiyah Singapura, Ustaz Suhaimi Fauzi, berkongsi program dakwah Jamiyah sempena sambutan ulang tahun ke-90 dan Ramadan Mubarak 1443H ini.



"Alhamdulillah, kami akan meneruskan sejak tahun 2021 program yang diberi nama Hubbul Quran atau Cinta Al-Quran yang bermula dari 4 hingga 29 April pada hari Isnin hingga Jumaat, 6.50 petang dan diikuti oleh azan maghrib. Rancangan ini ialah anjuran Pusat Pendidikan Jamiyah Singapura (JEC). Ia akan disiarkan secara langsung di Facebook Jamiyah Singapura.



"Antara pengisian Hubbul Quran ini adalah Ilmu Tahsin, Taddabur, Tajwid, Qiraat, Neutrasiutikal, Adab-Adab serta Mukjizat Al-Quran.



"Saya ingin mengajak masyarakat Islam untuk bersama kami melayari bahtera, menyelami khazanah ilmu Al-Quran di bulan Ramadan yang penuh barakah ini sebelum beriftar.



"Kami juga telah memulakan program bacaan Tadarus Al-Quran dari 2 April hingga 1 Mei dari 10.45 malam hingga 12.15 malam bersama qari-qari Al-Quran tempatan dari surah Al-Baqarah hingga surah An-Naas," jelas Ustaz Suhaimi.



Menurutnya lagi, kededua program yang disiarkan secara langsung di Facebook Jamiyah sempena Ramadan ini diharap mendapat sokongan dan kehadiran masyarakat Islam yang ingin meraih ganjaran pahala.



Orang ramai juga boleh dapatkan informasi penuh melalui laman Jamiyah Singapura di www.jamiyah.org.sg untuk Program Hubbul Quran dan Taddarus Harian.



Pusat Pendidikan Jamiyah (JEC) menawarkan program Akademik dan Moral untuk semua peringkat umur.



Program Akademik meliputi semua peringkat pengajian - sijil, diploma dan ijazah - yang dikendalikan oleh profesor dan pensyarah dari universiti serantau seperti Universitas Islam Sumatera Utara (UISC), Universiti Islam Melaka (UIM), International Islamic College Malaysia (IIC) dan juga Kafrelsheikh University (Mesir).



JEC juga mengadakan kelas madrasah hujung minggu yang direka khas untuk mempersiap kanak-kanak dengan pengetahuan dan pemahaman holistik tentang kepercayaan dan amalan Islam serta bahasa Arab asas.



Salah satu program JEC ialah Little Huffaz yang telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Program ini menyediakan hafazan Al-Quran secara sistematik dengan teknik dan bacaan yang betul untuk kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun.



Program ini bertujuan menyemai kecintaan terhadap Al-Quran di kalangan kanak-kanak, melahirkan generasi celik Al-Quran dan menunaikan kewajipan mengajar anak kita dengan kalimah Allah.




INGIN TAHU LEBIH LANJUT?



INGIN TAHU PROGRAM DAKWAH JAMIYAH?



Anda boleh terus ke laman http://jec.jamiyah.org.sg/, hubungi talian 6478-0475 atau e-mel jec@jamiyah.org.sg untuk keterangan lanjut berkenaan program-program dakwah anjuran Pusat Pendidikan Jamiyah.



CARA BAYAR ZAKAT/PROGRAM RAMADAN JAMIYAH



Lungsuri laman www.jamiyah.org.sg untuk keterangan lanjut tentang cara-cara membayar zakat dan program-program Ramadan Jamiyah Singapura. Anda boleh juga hubungi talian 9720-5001 untuk khidmat Mobile Amil.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >