Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Program reka semula tugas penolong khidmat makanan akan dilancar

Bagi sokong usaha syarikat percepat pendigitalan dan automasi
Jan 24, 2021 | 05:30 AM



SATU program mereka semula dan belajar kemahiran baru pekerjaan untuk penolong khidmat makanan, akan dilancarkan pada suku pertama tahun ini.



Program di bawah Tenaga Kerja Singapura (WSG) itu dijangka memanfaatkan sekitar 400 pekerja.



Ia bermatlamat untuk mereka semula pekerjaan bagi golongan pekerja bukan karyawan, pengurus, eksekutif dan teknisyen (PMET) agar menjadi peranan pekerjaan dipertingkat - seperti duta khidmat dan teknisyen dapur - bagi menyokong usaha dipercepat syarikat dalam pendigitalan dan automasi.



Program baru itu diumumkan oleh Menteri Tenaga Manusia, Cik Josephine Teo, menyusuli satu lawatan ke syarikat penyedia khidmat makanan, Select Group, kelmarin.



Lebih banyak butiran akan diberikan mengenai program itu nanti.



Sementara itu, sehingga Disember tahun lalu, lebih 1,100 pekerja dari 33 syarikat sudah menjalani atau sedang menjalani usaha menimba kemahiran baru di bawah program mereka semula dan belajar kemahiran baru pekerjaan bagi industri khidmat makanan.



Di bawah program itu, pekerja yang ada akan dilatih dan dikerahkan dalam peranan baru atau yang bernilai lebih tinggi.



Salah satu syarikat yang memanfaatkan program itu pada tahun lalu ialah syarikat penyedia khidmat makanan, Select Group, dalam usaha mempersiap pekerja mereka untuk ekonomi pasca Covid-19.



Menerusi program itu, hampir 120 pekerja dilengkapi dengan kemahiran baru yang membolehkan mereka menerima pendigitalan di tempat kerja.



Misalnya, pengurus cawangan dilatih dalam analitik data kini boleh menggunakan maklumat daripada sistem digital bagi melancarkan kegiatan pemasaran proaktif dan membaiki kepuasan pelanggan.



Antara mereka ialah Cik Nurfarahin Syazwani Mahmud, 24 tahun, yang bertugas sebagai penolong pengurus restoran makanan segera, Texas Chicken.



Bagi meningkatkan produktiviti dan kecekapan, syarikat itu menggunakan huraian digital bagi mengambil tempahan dan proses pembayaran.



Menurut Cik Nurfarahin, antara kemahiran ditimba ialah analitik data asas bagi mentafsir data yang diperolehi dari sistem digital bagi memperbaiki kepuasan pelanggan, pilihan dan sikap.



"Kemahiran baru ini mendorong keyakinan saya dalam menguruskan wadah digital dan membolehkan saya berinteraksi dengan lebih ramai pelanggan," ujarnya yang menjalani program itu pada Jun tahun lalu.



Menekankan pentingnya pembangunan kemahiran yang sejajar dengan transformasi perniagaan, Menteri Negara Perdagangan dan Perusahaan, Cik Low Yen Ling yang turut menyertai lawatan ke Select Group, berkata:



"Tiada perniagaaan akan berjaya tanpa kemahiran dan bakat. Latihan dan membangunkan pekerja adalah penting untuk menjalankan transformasi perniagaan."




"Tiada perniagaaan akan berjaya tanpa kemahiran dan bakat. Latihan dan membangunkan pekerja adalah penting untuk menjalankan transformasi perniagaan."
- Menteri Negara Perdagangan dan Perusahaan, Cik Low Yen Ling.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >