Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MASJID AR-RAUDHAH

Program Wakaf kumpul dana Taman Syurga

May 07, 2021 | 05:30 AM



MASJID Ar-Raudhah melancarkan pelbagai program wakaf untuk mendapatkan dana bagi projek peningkatan dan naik taraf di Masjid Ar-Raudhah yang dijangka bermula pada Fasa 2 tahun 2022.



Program wakaf Taman Syurga ini melibatkan pembinaan Wakaf Dewan Solat (Mihrab, permaidani), Wakaf Bilik Darjah, Wakaf audio visual, Wakaf Galeri Islam di bahagian Barat Singapura dan Jejak Warisan pembinaan Masjid Ar-Raudhah (Heritage Trail).



Menurut Pengerusi Eksekutif Masjid Ar-Raudhah, Ustaz Mohamed Ali Atan, program wakaf melibatkan semua ahli Lembaga Pentadbir Masjid (LPM), pegawai masjid daripada jabatan Al-Quran, Tadika, Admin, Dakwah & Pembangunan Sosial.



Beliau memberitahu:



"Kami mempunyai enam sasaran untuk dicapai di Masjid Ar-Raudhah sendiri. Antaranya, kami ingin menjadikan masjid sebagai tempat Raudhatul Quran (Taman Al-Quran), Galeri Islam Harmoni, SPARK, BizSafe dan SGClean.



"Dengan itu, kami dapat menaik taraf khidmat program untuk jemaah masjid. Selain itu, pegawai masjid dan ahli LPM juga diberi peluang mempertingkat ilmu dan kemahiran mereka.



"Masjid juga berusaha mengadakan program untuk membantu golongan yang susah di daerah Bukit Batok.



"Bagi mencapai hasrat tersebut, kami menyasarkan fokus daripada peringkat bawah hingga atasan iaitu daripada tahap kemasukan pelajar tadika hingga dewasa.



"Kami ingin menarik lagi kemasukan lebih murid, meningkatkan pembelajaran Al-Quran, serta menambah mutu piawaian kebersihan masjid."



Masjid turut menubuhkan Jejak Warisan untuk menanam rasa minat dan meningkatkan pengetahuan agama berkenaan dengan sejarah pembinaan Masjid Ar-Raudhah.



Dengan usaha ini, ia akan menjadikan Jejak Warisan ini sebagai satu galeri Islam yang harmoni untuk paparan masyarakat.



Baru-baru ini, masjid juga telah bekerjasama dengan Kelab Masyarakat (CC), Yayasan Rahmatan Lil' Alamin (RLAF) serta St Mary of The Angels Church.



Masjid telah mendapat tajaan untuk hamper makanan daripada Bukit Gombak Traders.



Pihak RLAF dan St Mary of The Angels Church telah membantu menyediakan sukarelawan untuk menghantar makanan buka puasa kepada keluarga yang memerlukan di daerah Bukit Batok.



Selain itu, jemaah juga mendapat kurma percuma yang diberikan oleh Anggota Parlimen bagi Kawasan Undi Perseorangan (SMC) Bukit Batok, Encik Murali Pillai.



Pihak masjid juga diundang oleh Hillview MAEC untuk acara penyalaan lampu 'Bukit Gombak Light Up'.



Matlamat utama projek wakaf ini bertujuan meningkatkan khidmat dan program di Masjid Ar-Raudhah, seperti mendapatkan lesen SPARK untuk Tadika Ar-Raudhah serta Galeri Islam Harmoni untuk dipamerkan kepada golongan bukan masyarakat Islam.



Masjid juga cuba mencapai piawaian BizSafe dan SGClean untuk kemudahan dan keselesaan jemaah.



Naib Pengerusi 1 Masjid Ar-Raudhah, Encik Malik Majid, pula amat mengharapkan sokongan masyarakat agar memberikan khidmat dan program yang terbaik untuk penduduk Islam dan juga bukan Islam di daerah Bukit Batok.



Beliau menambah:



"Peningkatan prasarana bangunan masjid yang berwajah baru bersama dengan peningkatan program pembangunan jemaah ini akan menjadi saham pelaburan akhirat yang akan menguntungkan anda. Maka, rebutlah peluang dengan terus menderma dalam bulan Ramadan dan pada malam-malam sepuluh terakhir ini."



Encik Shuhaimi Maridin, bekas Pengerusi Masjid Ar-Raudhah, turut menyeru agar masyarakat Islam berusaha mendapatkan keredaan Allah dengan berwakaf kepada Masjid Ar-Raudhah.



"Kita belum tentu akan bertemu Ramadan akan datang, jadi kejarlah pahala Ramadan pada tahun ini," katanya.




CARA HULUR DERMA



Bagaimana menderma kepada Masjid Ar-Raudhah:



  • PayNow ke: UEN S93MQ0024E

  • Pemindahan wang ke akaun: OCBC Current Account 501-806368-001




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >