Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MASJID DARUL MAKMUR

Projek pertingkat bakal dimula hujung tahun ini

Sumbangan ramai diharap lancarkan usaha peningkatan
Sep 24, 2021 | 05:30 AM



PARA jemaah yang tinggal di kawasan Yishun bak sama-sama meningkat usia bersama Masjid Darul Makmur.



Mereka telah datang ke Masjid Darul Makmur untuk menunaikan solat, menghadiri majlis atau ceramah sejak masjid ini dibangunkan sekitar 34 tahun lalu.



Lantaran itu, kebanyakan jemaah Masjid Darul Makmur saling mengenali satu sama lain dan mempunyai semangat bergotong-royong.



Salah seorang jemaah Masjid Darul Makmur itu ialah Encik Sulaiman Adjis, 66 tahun, yang telah tinggal di Yishun lebih 30 tahun.



Beliau, kini bendahari Masjid Darul Makmur, awalnya adalah sukarelawan masjid itu sejak 2004.



Beliau kemudian menjadi Muis (Majlis Ugama Islam Singapura) Befriender bagi Masjid Darul Makmur pada 2008, di mana beliau membantu memberi sokongan dari segi emosi kepada penerima zakat.



Selepas itu, beliau dilantik sebagai ahli pentadbir masjid dan kini merupakan bendahari masjid.



"Saya berasa senang dapat berkhidmat untuk Masjid Darul Makmur. Apabila saya pertama kali berkhidmat sebagai Muis Befriender, saya dapat lihat keadaan masyarakat kita, terutama di kalangan golongan memerlukan.



"Pengalaman itu mendorong saya untuk terus menyumbang masa dan tenaga buat Masjid Darul Makmur hingga hari ini," kata Encik Sulaiman.



Beliau merupakan bapa tiga anak dan lima cucu dan pernah bertugas sebagai Cef Eksekutif di syarikat Singapore Food Industries (SFI).



Dalam tempoh Encik Sulaiman menjadi bendahari masjid ini, beliau juga telah memperkenalkan sistem pengurusan aset, yang membolehkan pihak masjid mudah memantau perbelanjaan masjid.



Mengimbas suasana Masjid Darul Makmur sebelum keadaan pandemik Covid-19, Encik Sulaiman berkata Masjid Darul Makmur selalu menerima ramai jemaah semasa solat Jumaat, solat Hari Raya Aidilfitri dan solat Hari Raya Aidiladha sehingga ada jemaah terpaksa solat di bahagian luar masjid atau di kawasan atas bukit berdekatan masjid.



"Masjid Darul Makmur boleh tampung sehingga 2,500 orang tetapi jemah yang datang boleh mencecah melebihi 3,500 orang sebelum pandemik.



"Oleh itu, Masjid Darul Makmur mahu melakukan kerja-kerja peningkatan bagi memberi keselesaan kepada jemaah pada masa depan," kata Encik Sulaiman.



Masjid ini perlu melakukan kerja-kerja peningkatan agar ia dapat menerima lebih ramai lagi jemaah apabila ia siap nanti dan juga memberi keselesaan kepada para jemaah yang semakin bertambah.



Oleh itu, pihak masjid sedang mengumpulkan dana untuk kerja-kerja peningkatan yang mungkin bermula hujung tahun ini dan mengharapkan sokongan dan juga sumbangan derma daripada masyarakat agar semua proses berjalan dengan lancar apabila ia bermula kelak.



Menurut pihak masjid, antara prasarana masjid yang bakal menjalani kerja-kerja peningkatan termasuk mengadakan ruang yang lebih luas dan auditorium yang lebih selesa supaya dapat dimanfaatkan oleh semua jemaah, terutama sekali kepada golongan dewasa dan pelajar madrasah yang menghadiri kelas pengajian di masjid ini.



Antara fokus utama sewaktu peningkatan ini ialah untuk menambah ruang dewan solat bagi keselesaan jemaah, membina dewan serbaguna dan auditorium yang dapat menampung lebih ramai peserta apabila masjid menganjurkan acara dan program.



Ruang yang lebih luas yang dapat dibahagikan kepada beberapa zon secara tersendiri juga akan dipertimbangkan dalam lakaran pelan peningkatan masjid agar dapat memenuhi langkah pengurusan selamat pada masa hadapan jika diperlukan.



Bilik-bilik darjah untuk kegunaan madrasah aLIVE di masjid ini juga akan ditambah sehingga 12 buah bilik daripada hanya tujuh bilik sekarang.



Ini akan dapat menampung lebih ramai pelajar madrasah mingguan yang kian meningkat bilangannya.



Selain itu, Masjid Darul Makmur ini yang menawarkan kelas tadika masjid, juga mempunyai rancangan untuk mempertingkat kurikulum kelas tadika selepas kerja-kerja peningkatan masjid nanti.




"Saya berasa senang dapat berkhidmat untuk Masjid Darul Makmur. Apabila saya pertama kali berkhidmat sebagai Muis Befriender, saya dapat lihat keadaan masyarakat kita, terutama di kalangan golongan memerlukan. Pengalaman itu mendorong saya untuk terus menyumbang masa dan tenaga buat Masjid Darul Makmur hingga hari ini.''
- Bendahari Masjid Darul Makmur, Encik Sulaiman Adjis.




CARA MENYUMBANG



- Bagi mereka yang ingin menghulurkan sumbangan kepada Masjid Darul Makmur, sila layari laman: campaigns.darulmakmur.sg



- PayNow UEN: S87MQ0033J



- Melalui cek ke atas nama: 'MASJID DARUL MAKMUR' dan dihantar melalui pos ke 950 Yishun Avenue 2, Singapura 769099.



- Untuk sebarang pertanyaan mengenai cara untuk menderma, anda boleh hubungi pihak masjid di talian 6752-1402 pada waktu pejabat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >