Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Promosi istimewa langganan BH

Jul 24, 2021 | 05:30 AM



BACA berita terkini dengan mudah dan di mana sahaja anda berada! Seiring dengan perubahan masyarakat Melayu/Islam setempat di sini yang gemar membaca menerusi telefon bimbit dan menggunakan alat peranti yang lain, Berita Harian (BH) mengadakan promosi menarik.



Bagi pelanggan baru yang melanggani Pakej Semua-Wadah-Digital BH berharga $19.90 sebulan dan Pakej Semua-Dalam-Satu BH bermula dari $18.99 sebulan, hadiah hebat menanti anda untuk dimiliki.



Setiap pelanggan yang melanggani diantara kededua pakej istimewa ini bakal menerima baucar NTUC bernilai $50 seorang. Promosi menarik ini tertakluk pada terma dan syarat dan sah bermula dari 13 Julai hingga 12 Ogos.



Pakej Semua-Wadah-Digital BH merangkumi akses digital BH sahaja, dan akses BH menerusi enam wadah sekali gus. Manakala Pakej Semua-Dalam-Satu BH pula, mempunyai pakej digital dan wadah cetak (surat khabar), dan akses BH menerusi empat wadah sekali gus.



Dua pelanggan BH yang amat berpuas hati dengan langganan mereka dan sempat kami hubungi adalah Cik Juliana Johari dan Encik Ruzdiman Salhan Mohamed Salim.



Cik Juliana, 45 tahun telah melanggani Pakej Semua-Dalam-Satu BH dan merasakan pakej sebegini merupakan pilihan terbaik untuk keluarganya. Beliau berpendapat BH juga merupakan platform terbaik bagi masyarakat Melayu, khususnya generasi muda untuk mengetahui hal ehwal semasa, selain mampu untuk menajamkan lagi pembacaan dan pemahaman mereka dalam Bahasa Melayu.



"Sudah tentu pakej lengkap BH ini membantu saya sekeluarga. Ibu bapa saya sendiri membaca akhbar BH ini secara fizikal setiap hari, mana kala yang lain pula membaca secara dalam talian, seperti di telefon bimbit atau di tablet. Dengan membaca BH, kami sekeluarga dapat mengetahui isu-isu semasa yang berlaku di dalam dan luar negara, dan bagi anak-anak pula, ia sebagai pendedahan tambahan untuk terus memperbaiki Bahasa Melayu mereka," ujar pendidik di Sekolah Rendah Qihua ini.



Bagi Encik Ruzdiman 41 tahun, seorang pegawai di Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA), wadah BH digital memudahkan beliau untuk membaca berita terkini di mana sahaja beliau berada dan merasakan kepentingan bahasa ibunda ini amat penting sejak dahulu lagi dan tidak boleh diabaikan. Encik Ruzdiaman melanggani Pakej Semua-Wadah-Digital BH sejak awal tahun ini.



"InsyaAllah saya akan terus melanggani BH secara dalam talian kerana ia memberikan kemudahan untuk saya membaca berita di mana-mana sahaja," katanya.



Untuk pertanyaan, sila hubungi talian 6388-3838, atau lungsuri talian bhsub.sg/ntucpromo21 sekarang!




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >