Subuh
5:40
Syuruk
7:04
Zuhur
1:11
Asar
4:36
Maghrib
7:16
Isyak
8:30

Pusat Sumber dan Kaunseling RRG boleh 'dikunjungi' masyarakat dunia

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Pusat Sumber dan Kaunseling RRG boleh 'dikunjungi' masyarakat dunia

RRG
Mar 08, 2021 | 05:30 AM

PUSAT Sumber dan Kaunseling (RCC) Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG) boleh dilawati secara fizikal dan maya (gambar).

Sejak November lalu, pusat tersebut - yang terletak di Masjid Khadijah di Geylang Road - boleh dilayari dengan pandangan 360 darjah.

Lawatan maya itu turut melengkapi lawatan fizikal ke RCC, lebih-lebih lagi dengan pelbagai sekatan akibat pandemik Covid- 19 sekarang.

Dengan pendekatan digital itu, ia bukan sahaja dapat dilawati oleh masyarakat setempat tetapi juga mampu dilayari oleh masyarakat dunia.

Walaupun saiz fizikal RCC mungkin kecil, tetapi ia telah banyak memberi manfaat.

Pusat yang telah mula dibuka Julai 2014 itu telah membolehkan masyarakat Islam dan bukan Islam untuk mendapatkan penjelasan tentang ideologi radikal dan ekstremisme ganas.

Ia juga pusat sumber sehenti untuk asatizah, pengkaji, pelajar dan anggota masyarakat lain mendapatkan maklumat tentang isu berhubung fahaman pelampau.

Terletak di tingkat dua di pekarangan Masjid Khadijah, RCC merangkumi ruang sebesar flat lima bilik Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) dan memuatkan sebuah perpustakaan, galeri pameran dan dua bilik kaunseling.

Ia juga berfungsi sebagai rujukan penting bagi orang ramai mempelajari lebih lanjut tentang bahaya pengganasan dan bagaimana melindungi diri daripada menjadi mangsa.

Sama seperti lawatan fizikal, lawatan maya RCC juga dipimpin oleh anggota kumpulan RRG dan peserta boleh berinteraksi dengan mereka secara langsung.

Orang ramai yang ingin mengikuti lawatan maya itu boleh menghubungi Sekretariat RRG menerusi e-mel admin@rrg.sg atau talian RRG di 1800-7747747.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3