DARIPADA seorang pekerja pembersihan am, Encik Azhar Sohor dikurniakan rezeki naik gaji dan menikmati kenaikan pangkat kepada ketua kumpulan pada November lalu.
Beliau juga berpeluang mempertingkat kemahiran menerusi beberapa kursus latihan, termasuk dalam kesihatan dan keselamatan di tempat kerja, sepanjang bekerja dengan syarikat pembersihan LS 2 Services sejak tiga tahun lalu.