Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MASJID AR-RAUDHAH

Qaryah penghubung masjid dengan penduduk

Mar 18, 2022 | 05:30 AM



SEJAK 1995 lagi, Encik Fadil A. Ghani menjadi sukarelawan atau ahli Qaryah di Masjid Ar-Raudhah.



Beliau memulakan khidmat atas "rasa kesedaran untuk membantu penduduk dan masjid dalam menjalankan kegiatan".



Baginya, menjadi relawan masjid bak nadi atau jambatan di antara jemaah dengan masjid. Katanya:



"Ada penduduk yang tak berkesempatan ke masjid disebabkan tugas dan masalah keluarga, menjadi Qaryah dianggap jambatan menghubung mereka. Kita juga bekerjasama menjayakan kegiatan yang dijalankan ini bersama Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) Bukit Batok."



Pengurus Masjid Ar-Raudhah, Cik Maszita Mohamad, menerangkan, Qaryah ditubuhkan ketika masjid ini dibina pada sekitar 1993 dan dilancarkan secara rasmi pada 1997 oleh mantan pengerusi, Cikgu Suparman Adam.



"Mereka (Qaryah) macam penghulu atau wakil di blok kejiranan Bukit Batok, dan membantu mengadakan majlis syarahan dan solat di bawah blok sebelum pandemik. Ahli Qaryah menolong masjid sebagai sukarelawan menjaga 'Safe Entry' pada hari Jumaat dan Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha," jelas Cik Maszita.



Sumbangan ahli Qaryah tidak dapat dipersoal. Bekas pengerusi Masjid Ar-Raudhah, Encik Malik Majid, menceritakan:



"Kutipan solat Hari Raya hampir mencecah $40,000 ketika itu. Kami melihat potensi dalam sumbangan wang tunai dalam membantu mengumpul dana. Oleh itu, kami mengumpulkan penduduk Bukit Batok ke dalam Qaryah untuk mendapatkan bantuan mereka... kami balas dengan membantu mereka dari segi kewangan kepada mereka yang kurang bernasib baik daripada golongan berpendapatan rendah."



Beliau menambah:



"Kumpulan Qaryah ditubuhkan dengan tujuan mengajak penduduk menyokong masjid kami dan menganjurkan kegiatan untuk penduduk Islam yang mempunyai identiti di bawah nama masjid memandangkan penduduk Melayu Islam di Bukit Batok adalah besar. Kami melihatnya melalui solat Hari Raya yang kami anjurkan di tanah lapang di sekitar Bukit Batok kerana masjid kami penuh dan terpaksa melaksanakan solat Aidilfitri dua kali."



Encik Fadil, 67 tahun, yang telah bersara, turut mempunyai kenangan manis tentang solat Aidilfitri. Kongsinya:



"(Pernah) ketika solat Hari Raya di tanah lapang dekat stesen pertukaran bas Bukit Batok. Pada pagi itu, kami sembahyang di bawah khemah kerana penganjur belum buka daripada majlis sambutan Hari Kebangsaan pada malamnya. Jadi, pada pagi, sedang kita solat Hari Raya dalam 8 pagi, hujan mencurah-curah turun. Nasib baik ada khemah kalau tidak kami bermandi air hujan."



Walaupun pandemik mengekang kebanyakan kegiatan yang biasa diadakan, ahli Qaryah masih menjalankan kegiatan hidup sihat seperti berjalan pantas setiap Sabtu, berbasikal dan acara boling di Kelab Perkhidmatan Awam (CSC) Bukit Batok bersama jemaah Masjid Ar-Raudhah.



Masjid Ar Raudhah mempunyai sembilan jawatankuasa Qaryah dan kini mengalu-alukan pelapis baru bagi ahli Qaryah. Jawatankuasa Qaryah akan mencalonkan penduduk blok mereka serta pihak masjid juga akan menjemput jemaahnya untuk menyertai kumpulan Qaryah ini.




CARA HULUR SUMBANGAN



Jika anda mahu memberi sumbangan untuk Dana Peningkatan Masjid Ar-Raudhah, ikut cara:



  • Pemindahan wang ke dalam akaun semasa OCBC bernombor 501-806368-001

  • Cek atas nama 'Lembaga Pentadbiran Masjid Ar-Raudhah'

Kirimkan cek kepada Masjid Ar-Raudhah, 30 Bukit Batok East Ave 2 Singapura 659919



  • PayNow: UEN: S93MQ0024E




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >