RANCANGAN drama Melayu di televisyen Singapura telah melalui pelbagai liku cabaran demi bertahan sehingga hari ini.
Demikian teras pandangan Encik Hamed Ismail, yang genap berusia 66 tahun (pada 18 Mei lalu), pemakalah pada sesi Cita anjuran Jabatan Pengajian Melayu Universiti Nasional Singapura di The Arts House (bangunan lama Parlimen) pada Sabtu 10 Mei lalu.